Tidak Ditinggalkan: Menemukan Kebebasan sebagai Anak Lelaki & Anak Perempuan Seorang Bapa yang SempurnaSampel

Not Forsaken: Finding Freedom as Sons & Daughters of a Perfect Father

HARI 4 DARIPADA 5

Hari 4: 

Terdapat banyak ujian DNA dalam pasaran yang berjanji untuk memberitahu kita tentang sejarah keluarga dan aturan genetik kita. Ia memperkukuhkan kebenaran universal: suka atau tidak, semua ciri fizikal kita berasal daripada ibu bapa kita. Dan, semakin tua, semakin kita menyedari bahawa banyak sifat keperibadian kita berasal daripada mereka juga.

Barangkali anda menyukai ini. Barangkali ia menjengkelkan anda. Barangkali ia mengejutkan anda.

Barangkali perkara terakhir yang diingini anda adalah aliran darah asal keluarga anda dalam urat anda.

Alkitab berbicara tentang salasilah keluarga (family tree) kita dengan penuh harapan. Ia menjanjikan salasilah keluarga yang lebih baik – salasilah keluarga abadi. Yohanes 1:12 memberitahu kita bahawa Yesus memberikan hak menjadi anak Allah kepada orang yang mempercayai Nama-Nya. Dia memberikan kita salasilah keluarga yang baru, dan peluang dilahirkan oleh Allah, hidup dengan DNA rohani yang baru. Bagaimanakah Dia mencapai ini? Melalui pokok (tree) yang lain—salib.

Yesus datang untuk mati, sebagai korban. Dia mengambil tempat kita. Anak Allah yang tidak berdosa menanggung dosa kita dan mengalami kematian kita supaya kita boleh menjadi anak lelaki dan anak perempuan Tuhan yang Maha Tinggi. Anak Allah yang sempurna ditinggalkan dan ditolak, supaya anda dan saya tidak perlu ditinggalkan dan ditolak. Kita tidak akan ditinggalkan kerana Yesus telah ditinggalkan, mengambil tempat kita.

Melalui kematian-Nya pada pokok, Yesus telah mencantum kita ke dalam sebuah keluarga yang baru – keluarga Allah. Melalui kebangkitan-Nya, Dia telah merampas kuasa kematian ke atas orang yang tergolong dalam keluarga ini. Dalam keluarga-Nya, kita hidup di bawah air terjun berkat Bapa kita. Sebagai anak lelaki dan anak perempuan-Nya, kita hidup dalam kenyataan ini!

• Kita tidak akan tumbuh lebih cepat daripada perlindungan Allah.

• Kita tidak akan menghabiskan kasih Allah.

• Kita tidak akan melebihi jangkauan Allah.

• Kita tidak akan terlepas daripada Allah.

• Setiap hari kita akan mengalami rahmat Allah yang baru.

• Allah akan memenuhi semua keperluan kita.

Dalam Kristus, anda telah dipilih, dikasihi, dihargai, diingini, dan dipercayai oleh Allah – Bapa anda yang sempurna.

Perihal Pelan

Not Forsaken: Finding Freedom as Sons & Daughters of a Perfect Father

Louie Giglio, Pastor dan Pengasas Passion Movement, berkongsi dalam renungan 5 hari ini untuk memahami sifat Allah dalam cara yang mengubah kehidupan — sebagai seorang Bapa yang sempurna yang ingin anda berjalan secara bebas sebagai anak lelaki atau anak perempuan kesayangan-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lifeway Christian Resources kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://notforsakenbook.com/