Tidak Ditinggalkan: Menemukan Kebebasan sebagai Anak Lelaki & Anak Perempuan Seorang Bapa yang SempurnaSampel

Not Forsaken: Finding Freedom as Sons & Daughters of a Perfect Father

HARI 2 DARIPADA 5

Hari 2:

Apakah yang anda fikir apabila anda memikirkan Allah?

Ahli teologi A. W. Tozer dengan sangat baik mengatakan bahawa jawapan kepada soalan ini adalah perkara yang paling penting tentang kita. Maka, apakah yang anda fikir apabila anda memikirkan Allah?

Sesetengah daripada kita fikir Allah wujud, tetapi tidak terlibat dalam kehidupan kita. Dia mencipta dunia dan membuatnya pusing, lalu duduk melihatnya berjalan sendiri.

Orang lain fikir Allah adalah pada asasnya seorang yang baik yang ingin kita semua untuk menjadi baik dan menjalankan kehidupan yang baik, tetapi pekak labang, ketinggalan zaman dan pada asasnya terlalu lemah untuk melakukan apa-apa yang betul.

Pihak yang lain pula fikir Allah merupakan seorang diktator yang kejam, orang yang menyuramkan suasana yang wujud untuk memberitahu kita apa yang tidak boleh dilakukan.

Semua ini, dan banyak lagi gambaran yang lain tentang Allah, adalah biasa, tetapi salah. Allah bukanlah butler kosmos anda yang berada di langit, datuk anda yang pekak labang, ataupun kuasa kabur yang jauh. Dia merupakan Bapa kita. Sepanjang Alkitab, Allah berhubungan dengan kita terutamanya sebagai Bapa. Yesus sendiri, dalam empat Injil—Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes—merujuk kepada Allah sebagai Bapa sebanyak 189 kali. Jelasnya, memanglah penting supaya kita melihat dan berhubungan dengan Allah dalam cara ini.

Walau bagaimanapun, itu menimbulkan soalan yang kedua. Apakah yang anda fikir apabila anda memikirkan Bapa?

Pengalaman kita, yang baik atau yang buruk, dengan bapa duniawi kita sebahagian besarnya menentukan bagaimana kita menjawab soalan ini. Oleh itu, "Bapa" mungkin bukan gelaran yang lebih baik daripada "orang yang menyuramkan suasana," "datuk yang pekak labang," atau "kuasa kabur." Namun, walau apa pun pengalaman kita dengan bapa duniawi kita, kita semua pernah mempunyai keinginan akan bapa yang sempurna.

Pertimbangkan keinginan ini. Apakah yang sentiasa menjadi keinginan anda terhadap bapa anda?

Ini adalah berita yang paling mengagumkan dan paling membebaskan buat anda dan saya pada hari ini: Allah merupakan Bapa yang sempurna itu. Dia bukan sahaja versi bapa duniawi anda yang lebih besar, Dialah Bapa yang sempurna. Dialah jawapan kepada setiap keinginan akan penerimaan, perkenanan, sokongan dan kasih bapa yang pernah dialami.

Ini bermaksud bahawa setiap seorang daripada kita – macam mana menakjubkan, tidak hadir, kasar, atau bersikap suka menyendiri pun bapa duniawi kita – berpeluang hidup sebagai anak perempuan dan anak lelaki kesayangan seorang Bapa yang sempurna. Melihat Allah demikian berkuasa mengubah hubungan kita dengan Dia, dan dengan bapa duniawi kita.

Perihal Pelan

Not Forsaken: Finding Freedom as Sons & Daughters of a Perfect Father

Louie Giglio, Pastor dan Pengasas Passion Movement, berkongsi dalam renungan 5 hari ini untuk memahami sifat Allah dalam cara yang mengubah kehidupan — sebagai seorang Bapa yang sempurna yang ingin anda berjalan secara bebas sebagai anak lelaki atau anak perempuan kesayangan-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lifeway Christian Resources kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://notforsakenbook.com/