Tidak Ditinggalkan: Menemukan Kebebasan sebagai Anak Lelaki & Anak Perempuan Seorang Bapa yang SempurnaSampel
Hari 3:
"Saya tidak mungkin memaafkan ayah saya kerana _____ ."
Pernahkah anda rasa demikian?
Setiap hubungan manusia menghendaki kita untuk memberi maaf dan menerima pemaafan sepanjang hubungan itu.
Demikian jugalah dengan bapa duniawi kita. Sebenarnya kita boleh memilih untuk—tidak memaafkan—atau memaafkan.
Memang kelihatan menarik untuk tidak memberikan pemaafan kepada orang yang telah menyakiti kita. Musuh menipu kita supaya berfikir bahawa tidak memaafkan seseorang memberikan kita sesetengah kuasa ke atas orang itu. Namun, sebenarnya keengganan kita untuk memaafkan memberikan masa silam kita -- kesalahan yang telah dilakukan terhadap kita dan orang yang telah melakukannya—kuasa ke atas kita.
Pertimbangkan. Setiap kali anda mengatakan, "saya tidak akan memaafkan dia kerana ______," anda mengenang kembali waktu yang menyeksakan itu dan memperkukuhkan kedudukan menonjolnya dalam kenangan anda. Yesus tidak mati supaya kita diperhambakan kesalahan masa silam; Dia menanggung setiap kesalahan yang telah dilakukan terhadap kita dan oleh kita, supaya kita boleh menikmati kehidupan dan kebebasan.
Kunci kepada memaafkan orang yang telah berlaku tidak adil terhadap kita, termasuk bapa kita, adalah memandang salib. Dengan memikirkan salib, kita menyedari betapa besarnya dosa kita, dan betapa besarnya pengorbanan Allah—nyawa Anak-Nya!—untuk mengampunkan kita. Apabila kita menyedari kelimpahan pengampunan yang tidak patut diberikan yang telah kita terima, kita mula melihat bahawa kita boleh memaafkan orang yang telah berlaku tidak adil terhadap kita, termasuk bapa kita.
Jangan salah faham. Pemaafan tidak bermaksud membahayakan diri dengan tidak mengendahkan atau menafikan kelakuan yang penuh kekerasan, dan ia tidak bermaksud kita menutup mata terhadap dosa. Allah tidak melakukan itu untuk kita. Sebaliknya, Dia menuntut keadilan untuk semua kesalahan kita daripada Anak-Nya yang tidak bersalah.
Kemurkaan sepenuhnya bagi setiap kesalahan bapa anda terhadap anda dipindahkan kepada Yesus pada salib.
Apabila kita memahami ini, kita dibebaskan untuk memaafkan bapa kita. Tindakan memaafkan mereka, sebenarnya berpeluang mengembalikan berkat yang tidak pernah kita terima daripada bapa duniawi kita kepada salasilah keluarga. Dengan cara ini, kita boleh mengamalkan Injil memberikan kasih karunia kepada orang yang tidak layak menerimanya.
Terimalah berkat pengampunan daripada Bapa syurgawi anda. Berikan berkat pemaafan kepada bapa duniawi anda, dan berjalan dalam kebebasan kesedaran bahawa Bapa syurgawi anda berjanji untuk membetulkan setiap kesalahan dan melenyapkan setiap ketakutan selama-lamanya.
Perihal Pelan
Louie Giglio, Pastor dan Pengasas Passion Movement, berkongsi dalam renungan 5 hari ini untuk memahami sifat Allah dalam cara yang mengubah kehidupan — sebagai seorang Bapa yang sempurna yang ingin anda berjalan secara bebas sebagai anak lelaki atau anak perempuan kesayangan-Nya.
More