Hidup Seperti YesusSampel
Dengar sebagaimana Yesus mendengar.
Sekarang ini, mudah untuk dinilai melalui pendapat anda. Semua orang ingin menjadi seorang pempengaruh Instagram atau YouTuber yang popular. Sementara semua itu tidak salah, kita perlu berundur dan berfikir. Adakah kita cuba bercakap dengan begitu kuat sehinggakan kita terlepas peluang untuk mendengar?
Yesus merupakan salah seorang pendengar yang terbaik sepanjang masa. Mendengar adalah satu cara untuk menunjukkan kasih kepada orang lain kerana ia menunjukkan bahawa anda menghargai sumbangan mereka. Bayangkan berbual dengan seseorang yang tidak membenarkan anda untuk bercakap. Itu bukan perbualan yang sebenar, bukan?
Oleh itu, marilah belajar mendengar dengan baik. Sebenarnya, ada sebuah kisah dalam Lukas bab 18 tentang satu waktu di mana Yesus mendengar—tetapi bukan pada suara yang paling kuat. Yesus adalah pendengar yang baik kerana Dia bukan sahaja mendengar apa yang didengar oleh semua orang yang lain. Dia mendengar apa yang benar-benar penting. Adakah kita rela mendengar perkara yang lembut dan bukannya perkara yang popular?
Bagaimanapun, dalam kisah itu, ada seorang lelaki buta yang mengemis di tepi jalan. Dia mendapati ada banyak orang kerana Yesus berjalan di sana. Jadi, lelaki itu mula memanggil Yesus. Orang ramai berasa marah, dan memberitahu dia untuk diam. Namun, lelaki itu berteriak dengan lebih kuat lagi. Yesus tidak mendengar orang ramai atau pendapat popular. Yesus mendengar seseorang itu.
Maka, Yesus berjalan ke arah lelaki itu dan bertanya kepadanya apa yang dia mahu Yesus lakukan untuknya. Bukankah itu soalan yang hebat? Barangkali Yesus tahu apa yang diperlukan oleh lelaki itu lebih daripada lelaki itu sendiri. Walau bagaimanapun, Yesus tidak pernah mengandaikan apa yang diperlukan oleh orang lain. Dia tidak menukik dan berkata, "Aku tahu apa yang terbaik untuk kamu, terimalah ini." Dia meluangkan masa untuk mendengar.
Yesus cukup senyap untuk mendengar suara seseorang yang memerlukan Dia, dan Dia cukup sabar untuk mendengar apa yang lelaki itu inginkan. Lelaki itu ingin melihat, dan Yesus menyembuhkannya. Ini merupakan kisah yang menakjubkan tentang mendengar.
Siapakah anda dalam kisah ini? Adakah anda orang ramai—yang terlalu tertumpu pada perkara yang "normal" atau "popular" sehinggakan tidak melihat orang yang memerlukan bantuan? Ataupun, adakah anda menjadi seperti Yesus—cukup senyap untuk mendengar perkara yang paling penting—bukan perkara yang paling kuat.
Dengarlah dengan baik. Kerana apabila anda berbuat demikian, anda menunjukkan kasih, dan anda hidup seperti Yesus.
Doa: Ya Allah, tolonglah saya untuk mendiamkan diri secukupnya untuk mendengar orang di sekeliling saya. Berikan saya telinga-Mu untuk mendengar orang yang memerlukan pertolongan dan sokongan. Tolonglah saya untuk menunjukkan kasih dengan mendengar dengan baik. Terima kasih kerana sentiasa mendengar saya dan menunjukkan kepada kami cara untuk mendengar. Dalam nama Yesus, amin.
Kitab
Perihal Pelan
Jika kita mahu berkongsi Yesus dengan orang lain, kita harus hidup seperti Dia, cinta seperti Dia, dan mendengar seperti Dia. Dalam Pelan lima hari ini, kita akan melihat kehidupan Yesus dengan lebih dekat untuk mengetahui bagaimana kita harus menjalani hidup.
More