Hidup Seperti YesusSampel
Salah satu cara terbaik untuk berkongsi Yesus adalah hidup seperti Dia.
Kajian terbaru telah menunjukkan salah satu sebab utama orang berhenti pergi ke gereja adalah kerana mereka fikir orang Kristian adalah orang munafik. Aduh, kan? Marilah kita memikirkannya. Definisi orang munafik adalah seseorang yang mengatakan satu perkara—tetapi melakukan yang lain.
Oleh itu, fikirkan minggu lepas anda. Adakah anda melihat mana-mana lingkungan kehidupan anda di mana anda mengatakan bahawa anda mengikuti Yesus, tetapi hidup anda menceritakan kisah yang berbeza?
Mungkin anda pergi ke gereja pada hari Ahad tetapi mula bergosip pada hari Isnin. Mungkin anda mengatakan anda mengejar kesucian di kumpulan muda-mudi, tetapi sejarah pelayar anda mengatakan cerita yang berbeza. Mungkin anda seorang pelajar cemerlang, tetapi anda menipu semasa peperiksaan yang terakhir.
Dengarlah. Anda tidak bersendirian. Setiap orang mempunyai saat munafik kerana kita semua adalah orang yang tidak sempurna yang membuat kesilapan. Apabila kita setia mengakui dosa kita dan memohon ampun, Yesus menawarkan kasih karunia kepada kita dengan murah hati.
Namun, mengamalkan gaya hidup munafik? Itu bermasalah. Yesus tidak sabar dengan orang yang berpura-pura mengikuti Dia tanpa betul-betul melakukan apa yang Dia katakan.
Sebenarnya, pada zaman Yesus, terdapat sekumpulan orang yang dipanggil orang Farisi. Orang
membenci mereka. Kenapa? Sebab mereka tahu banyak mengenai Allah, tetapi mereka tidak betul-betul mengenali Allah. Mereka merupakan pakar mengetahui apa yang dikatakan oleh Taurat Allah, tetapi mereka tidak penyayang. Yesus juga marah dengan mereka.
Dalam Matius 23, Yesus memanggil orang Farisi "pemimpin buta." Dia menjadi marah kepada mereka kerana mereka menggunakan hukum Allah untuk menjadikan diri mereka kelihatan penting—dan membuat orang lain rasa malu. Dia mengatakan bahawa mereka mungkin tahu banyak, tetapi orang lain tidak patut mengikuti teladan mereka kerana mereka mengabaikan bahagian mengikuti Yesus yang benar-benar penting—seperti keadilan, belas kasih, dan kasih karunia.
Kita tidak mahu mengikuti orang munafik. Walau bagaimanapun, sebaliknya, kita suka mengikuti seseorang yang melakukan apa yand diucapkan. Jadi, janganlah menjadi seperti orang Farisi—menjatuhkan orang lain dan bukannya mengangkat mereka, menunjukkan betapa "beragamanya" kita demi membuat diri kita kelihatan penting, atau membuat orang lain meninggalkan Yesus dengan mengatakan satu perkara dan melakukan yang lain.
Sebaliknya, marilah kita berkongsi kasih Yesus dengan menunjukkan kasih Yesus. Ini kerana salah satu cara terbaik untuk berkongsi Yesus adalah hidup seperti Dia.
Maka, apakah maksudnya bagi kita? Ia bermaksud kita harus memohon maaf daripada Allah bagi waktu di mana kita telah berkata satu perkara dan melakukan yang lain. Ia bermaksud kita harus berusaha secara sedar untuk mengelakkan kemunafikan. Ia bermaksud mengetahui—dan melakukan—apa yang Yesus minta kita lakukan.
Oleh itu, sepanjang beberapa hari seterusnya, marilah kita belajar apa rupanya hidup dan mengasihi seperti Yesus.
Doa: Ya Allah, maafkanlah saya bagi waktu di mana saya berkata satu perkara dan melakukan yang lain. Terima kasih atas kasih karunia-Mu apabila saya menyebabkan keadaan bercelaru dan membuat kesilapan. Tolonglah saya untuk membetulkan mana-mana lingkungan kehidupan saya di mana saya tidak mengikuti-Mu. Tolonglah saya untuk menjadi lebih seperti Engkau dan mengasihi orang lain seperti Engkau mengasihi mereka. Dalam nama Yesus, amin.
Perihal Pelan
Jika kita mahu berkongsi Yesus dengan orang lain, kita harus hidup seperti Dia, cinta seperti Dia, dan mendengar seperti Dia. Dalam Pelan lima hari ini, kita akan melihat kehidupan Yesus dengan lebih dekat untuk mengetahui bagaimana kita harus menjalani hidup.
More