Hidup Seperti YesusSampel

Living Like Jesus

HARI 2 DARIPADA 5

Melayan orang lain sebagaimana Yesus melayan mereka. 

Kita sudah membincangkan bahawa salah satu cara terbaik untuk berkongsi Yesus adalah hidup seperti Dia. Namun, itu lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Hidup seperti Yesus amat sukar—sebahagian besarnya kerana ia melibatkan mengasihi orang lain seperti Yesus. Mengasihi orang lain kedengaran mudah, tetapi sukar untuk dilakukan. Disebabkan jika kita hendak mengasihi orang lain seperti Yesus, itu bermakna mengasihi setiap orang seperti Yesus—termasuk orang yang anda tidak suka. 

Yesus tidak mengatakan mengasihi orang yang baik hati terhadap anda sahaja. Dia berkata mengasihi semua orang—terutamanya musuh anda! 

Apabila anda masih kecil, anda mungkin pernah mendengar tentang Pedoman Penting: Layan orang lain sebagaimana anda ingin dilayani. Itu merupakan idea yang bagus. Sebenarnya, ia adalah idea Yesus sendiri! Walau bagaimanapun, bagaimana pula apabila kita fikir mereka tidak layak mendapat layanan demikian? Ketika mereka tidak bertimbang rasa terhadap kita? Ketika mereka begitu menjengkelkan? Pedoman Penting tetap digunakan. Apabila kita bersikap kurang ajar, menjengkelkan, atau tidak layak, tidakkah kita mahu orang lain untuk memaafkan kita dan berbelas kasihan terhadap kita? Ya. Anda tahu ia benar. Yesus meminta kita untuk menunjukkan pemaafan dan belas kasihan yang sama yang kita mahu orang lain untuk tunjukkan kepada kita—walaupun ia rasa hampir mustahil untuk dilakukan. 

Sebenarnya, Yesus berkata hukum yang terutama adalah mengasihi Allah dan mengasihi sesama manusia. Ia sangat penting untuk Yesus—tiada jalan keluar atau melepaskan diri daripadanya. 

Jadi, bagaimanakah kita dapat mengasihi orang lain memandangkan ia tidak mudah bagi kita? Kita perlu mengubah cara kita melihatnya. Pertama, kita harus menyedari bahawa kita semua telah dicipta menurut gambar Pencipta kita. Fikirkan itu untuk sejenak. Anda—dan setiap orang yang anda kenali—dicipta oleh Allah. Kita semua telah dicipta menurut gambar-Nya. Menakjubkan bukan? 

Efesus 2:10 memberitahu kita bahawa kita adalah karya agung Allah. Jadi, pertama, percayalah itu tentang diri anda. Allah telah mencipta anda sebagaimana yang dikehendaki-Nya dengan tepat. Apabila anda mempercayai itu, lebih mudahlah untuk memberikan kasih dan penerimaan tersebut terhadap orang lain. Kedua, jika setiap orang adalah karya agung, itu bermaksud setiap kali anda mengatakan sesuatu yang negatif kepada seseorang, anda menghina ciptaan Allah yang paling indah. Ia membuat anda terberhenti, bukan?

Yakobus—saudara Yesus—mempunyai beberapa kata yang kuat tentang ini juga. Dia menulis kitab Yakobus dalam Alkitab, dan dia berkata bahawa dengan lidah kita menyembah Allah dan dengan lidah yang sama—kita mengutuk orang di sekeliling kita yang dicipta menurut gambar Allah. Aduh. Apabila anda menyembah Allah pada hari Ahad, adakah anda berpusing dan membinasakan orang lain pada hari Isnin? 

Marilah mengubah cara kita melihat "orang lain" dalam kehidupan kita. Marilah mula melihat mereka sebagai orang yang penting. Kemudian, mula melayan mereka sebagaimana Yesus melayan mereka. Jadi, apabila anda rasa hendak bercakap atau bertindak dengan kasar lagi kepada seseorang di sekeliling anda, pertimbangkan ini: Bagaimanakah Yesus akan melayan orang ini? Kemudian, lakukanlah itu. 

Doa: Yesus, saya memerlukan bantuan-Mu. Kadang-kadang, rasanya mustahil untuk mengasihi semua orang di sekeliling saya. Allah, berikan saya mata untuk melihat mereka sebagaimana Engkau melihat mereka. Bantulah saya untuk mengasihi mereka dan melayan mereka sebagaimana Engkau melayan mereka. Dalam nama Yesus, amin. 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Living Like Jesus

Jika kita mahu berkongsi Yesus dengan orang lain, kita harus hidup seperti Dia, cinta seperti Dia, dan mendengar seperti Dia. Dalam Pelan lima hari ini, kita akan melihat kehidupan Yesus dengan lebih dekat untuk mengetahui bagaimana kita harus menjalani hidup.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

Pelan yang Berkaitan