Kebijaksanaan Radikal: Perjalanan 7 Hari untuk Kaum BapaSampel

Radical Wisdom: A 7-Day Journey For Fathers

HARI 5 DARIPADA 7

Kelimpahan lwn. Kekurangan

Pengasuhan adalah sukar. Ia merupakan salah satu kerja yang paling sukar. Tiada manual, tiada rumus tetap, dan Allah membaling bola lambut dengan menjadikan setiap kanak-kanak berbeza. Lama-kelamaan, anda mengamalkan mana-mana prinsip yang masuk akal; anda mencubanya, dan jika ia berkesan, ia menjadi prinsip anda. 

Maka, saya akan mencadangkan satu prinsip: wujudkan persekitaran berkelimpahan untuk anak anda.

Kanak-kanak memerlukan dan menginginkan kasih sayang. Seperti perkara lain dalam dunia ini, jika ia kekurangan bekalan, ia akan menjadi lebih bernilai dan menimbulkan perbalahan. Jika ia berkelimpahan, ia adalah perkara kecil.

Ambil minyak dan garam sebagai contoh. Setiap negara memerlukan petroleum, maka wujudnya persaingan yang hebat untuknya. Harga adalah tinggi dan pasti akan melambung naik lagi. Kita berlawan, kita memanipulasi, kita memberi rasuah, kita menjual jiwa kita untuk minyak.

Sebaliknya, garam merupakan keperluan hidup manusia, tetapi bekalan garam banyak sekali. Harga untuk sekotak garam cumalah beberapa sen. Ia berkelimpahan. 

Apabila bapa gagal berhubungan dengan anak mereka, apabila mereka terlalu sibuk sehinggakan anak mereka rasa mereka tidak penting, apabila kehadiran bapa adalah minimum dan dia tidak pernah betul-betul mempunyai masa untuk bersantai dengan anak mereka, itu adalah persekitaran kekurangan. 

Walau bagaimanapun, apabila bapa memberikan bekalan kasih sayang yang tidak habis-habis, apabila kehadiran bapa yang berkelimpahan adalah konsisten, persaingan akan berkurangan, manipulasi akan berkurangan, dan lebih banyak ketenangan di rumah. Bapa perlu hadir secara fizikal dan emosi.

Persekitaran berkelimpahan tidak wujud secara semula jadi, dan ia tidaklah mudah.

Namun, ia berbaloi.

Soalan: Adakah rumah anda mempunyai persekitaran berkelimpahan atau persekitaran kekurangan? Anak berkembang dalam persekitaran berkelimpahan kasih sayang. Mereka bergumul dalam persekitaran kekurangan.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Radical Wisdom: A 7-Day Journey For Fathers

Memang aneh bagaimana bapa kita membentuk kita. Tiada orang yang terlepas daripada kuasa dan pengaruh bapa duniawi mereka. Memandangkan kebanyakan lelaki rasa tidak bersedia untuk menjadi bapa, memanglah penting untuk mendapatkan bimbingan – daripada Alkitab dan daripada kaum bapa yang lain. Kebijaksanaan Radikal (Radical Wisdom) adalah satu perjalanan ke arah kebijaksanaan dan wawasan untuk para bapa, menggabungkan prinsip dan kebijaksanaan daripada Alkitab dengan pengalaman bapa yang lebih tua dan lebih matang yang telah belajar daripada kesilapannya.

More

Kami berterima kasih kepada Radical Mentoring kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://radicalwisdombook.com