Kebijaksanaan Radikal: Perjalanan 7 Hari untuk Kaum BapaSampel

Radical Wisdom: A 7-Day Journey For Fathers

HARI 4 DARIPADA 7

Makan Malam Bersama-sama  

Saya boleh mengira bilangan hal yang ditegaskan oleh isteri saya dengan jari pada satu tangan sahaja. Makan malam bersama-sama adalah salah satu daripadanya.

"Bilakah kamu akan pulang?" tanyanya. "Saya terikat dengan sesuatu. . . ia akan mengambil masa" jawab saya. Tidak serik dengan jawapan saya, dia menempelak, "Bebaskan diri kamu dan balik. Keluarga kami makan malam bersama-sama. Ia akan siap dan dihidangkan pada pukul 6:30!"

Saya membesar-besarkan cerita sedikit, tetapi tidak terlalu banyak. Isteri saya sentiasa menegaskan bahawa kami sekeluarga memakan makan malam bersama-sama setiap malam. Pada mulanya, saya tidak melihat mengapa itu adalah penting.

Namun, dengan berlalunya masa, terutamanya apabila anak saya menjadi remaja, saya melihat kepentingannya. Ia merupakan satu-satunya masa dalam sehari di mana kami bersemuka antara satu sama lain. Kami berbual. Kami dapat mendengar luahan hati satu sama lain. Mereka dapat melihat bagaimana ibu bapa mereka bercakap, bekerjasama, dan saling mengasihi. Adik-beradik duduk bersama-sama untuk sebahagian daripada keluarga.

Jika bukan di rumah, di manakah anak anda akan belajar tentang kasih yang setia, dinamik keluarga, kesetiaan, empati, penyelesaian masalah hubungan, dan pemaafan? Siapakah yang akan menyediakan mereka untuk perkahwinan dan kehidupan berkeluarga? Saya tidak sedar akan "sekolah suami" atau "sekolah isteri" di mana anak kita boleh belajar semua ini.

Soalan: Adakah keluarga anda duduk bersama-sama di rumah secara tetap? Tanya diri anda, "20 tahun dari sekarang, adakah apa yang mereka peroleh daripada aktiviti di luar menjadi lebih penting daripada Keluarga 101?"

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Radical Wisdom: A 7-Day Journey For Fathers

Memang aneh bagaimana bapa kita membentuk kita. Tiada orang yang terlepas daripada kuasa dan pengaruh bapa duniawi mereka. Memandangkan kebanyakan lelaki rasa tidak bersedia untuk menjadi bapa, memanglah penting untuk mendapatkan bimbingan – daripada Alkitab dan daripada kaum bapa yang lain. Kebijaksanaan Radikal (Radical Wisdom) adalah satu perjalanan ke arah kebijaksanaan dan wawasan untuk para bapa, menggabungkan prinsip dan kebijaksanaan daripada Alkitab dengan pengalaman bapa yang lebih tua dan lebih matang yang telah belajar daripada kesilapannya.

More

Kami berterima kasih kepada Radical Mentoring kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://radicalwisdombook.com