Kebijaksanaan Radikal: Perjalanan 7 Hari untuk Kaum BapaSampel
Seorang Bapa dengan Sedikit Kekesalan
Terdapat satu era dalam bidang perniagaan di mana "kaedah rasional" dalam membuat keputusan merupakan kebiasaan. Kita mengambil risiko bahawa jika kita melakukan sesetengah perkara, kebanyakan masanya kita akan menang.
Sebagai bapa, kita tidak mahu "mengambil risiko" dengan anak kita. Walau apa pun yang kita lakukan, kita tidak dapat menjamin bahawa mereka akan menjadi orang dewasa yang baik dan mengikuti Yesus. Namun, kita boleh membuat keputusan yang menghasilkan koefisien kekesalan yang paling rendah bagi diri kita! Kita boleh memilih untuk tidak melakukan perkara yang akan dikesali kemudian.
Banyak lelaki hidup dengan parut daripada Bapa yang tidak mengawal lidah dan kemarahan mereka. "Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan." Sekurang-kurangnya, kita mesti diam. Kawal kritikan dan kemarahan kita. Biasanya kita tidak sedar bahawa kita melakukannya . . . sehingga terlambat.
Kita ingin mendengar kata-kata pujian dan pengesahan daripada Bapa kita, tetapi banyak antara kita tidak pernah mengucapkannya. Memang menakjubkan macam mana kebanggaan melumpuhkan kita. Kita akan menaiki lembu mekanik, motosikal, dan papan lungsur, tetapi kita tidak dapat mengatasi ketakutan kedengaran pelik atau lembut dengan memberitahu anak lelaki dan anak perempuan kita betapa istimewanya mereka itu dan betapa kita mengasihi mereka.
Adakah anda memberikan segala sesuatu kepada anak anda? Adakah anda mengasuh dalam cara yang akan memberikan koefisien kekesalan yang paling rendah pada masa depan?
Soalan: Sanggupkah anda meminta Allah untuk menunjukkan perkara terbesar yang akan dikesali anda sebagai seorang bapa dalam beberapa tahun akan datang? Kemudian, mintalah Dia untuk memberikan anda keberanian untuk mengatasinya.
Perihal Pelan
Memang aneh bagaimana bapa kita membentuk kita. Tiada orang yang terlepas daripada kuasa dan pengaruh bapa duniawi mereka. Memandangkan kebanyakan lelaki rasa tidak bersedia untuk menjadi bapa, memanglah penting untuk mendapatkan bimbingan – daripada Alkitab dan daripada kaum bapa yang lain. Kebijaksanaan Radikal (Radical Wisdom) adalah satu perjalanan ke arah kebijaksanaan dan wawasan untuk para bapa, menggabungkan prinsip dan kebijaksanaan daripada Alkitab dengan pengalaman bapa yang lebih tua dan lebih matang yang telah belajar daripada kesilapannya.
More