Kisah Easter Sampel
AHAD - Pada hari istimewa ini, kita akan merenungi salib, makam kosong dan segala yang dikurniakan oleh ini. Kita juga patut merenungi tugas yang diberi, untuk "pergilah dan jadikan mereka pengikut..." Injil yang diserahkan oleh Kristus kepada pengikutNya adalah khabar baik tentang rahmat, yang patut diedarkan, bukan sahaja diterima. Yesus melengkapi pengikutNya untuk berbuah dan mengajar pengikut baru. Kita tahu ia berjaya kerana pengikut baru terus mengajar pengikut jua, dan seterusnya untuk tempoh dua ribu tahun ini. Tetapi dalam setiap generasi, termasuk generasi kita, Injil itu kadang-kala berubah menjadi mesej yang lebih lemah. Kita bukannya berbuah, malah menyemai anggur tak berbiji. Ketika kita menyembah Allah dan bersyukur atas rahmat kita, marilah kita berdoa agar kita menghadapi cabaran menyebarkan rahmat dan memenuhi Amanat Agung ini.
Perihal Pelan
Bagaimanakah anda menjalani hidup jika diketahui itu minggu terakhir anda? Minggu terakhir Yesus di dunia dalam kemanusiaanNya dipenuhi detik-detik istimewa, penggenapan nubuatan, doa yang intim, perbincangan mendalam, tindakan simbolik, dan kejadian yang mengubah dunia. Pelan bacaan ini bermula pada hari Isnin sebelum Easter. Anda akan membaca kisah Minggu Suci melalui petikan dari keempat kitab Injil.
More
Kita berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk mendapati lebih maklumat tentang Life.Church, sila kunjungi: www.Life.Church