Kisah Easter Sampel

The Story of Easter

HARI 2 DARIPADA 7

SELASA - Dalam ilustrasi kebun anggur, kita harus ketahui siapa kita. Kita adalah cabang. Tugas kita cuma berpegang teguh kepada Yesus, iaitu pokok anggur. Dengan yang demikian kita memenuhi tujuan tunggal kita: berbuah. Segala tugas lain dalam kebun anggur akan dilakukan oleh tukang kebun, iaitu Allah. Bukan saya mahupun anda. Kita cuma berpegang teguh kepada pokok anggur agar Dia bekerja melalui kita. Hari ini, renungilah siapa anda dan tugas anda. Berlekatan. Berkekalan. Berhubungan. Berpegangan. Berpatuhan. Itu sahaja.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Story of Easter

Bagaimanakah anda menjalani hidup jika diketahui itu minggu terakhir anda? Minggu terakhir Yesus di dunia dalam kemanusiaanNya dipenuhi detik-detik istimewa, penggenapan nubuatan, doa yang intim, perbincangan mendalam, tindakan simbolik, dan kejadian yang mengubah dunia. Pelan bacaan ini bermula pada hari Isnin sebelum Easter. Anda akan membaca kisah Minggu Suci melalui petikan dari keempat kitab Injil.

More

Kita berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk mendapati lebih maklumat tentang Life.Church, sila kunjungi: www.Life.Church