Kisah Easter Sampel
SABTU - Perempuan itu memecahkan bekas marmar dan menuang keluar segala minyak wanginya. Memecahkan bekas bermaksud bahawa dia tidak boleh lagi mengguna minyak wangi itu untuk diri sendiri. Segalanya diserahkan kepada Yesus - yang lalu, kini dan masa depan. Yesus berkata bahawa kasih istimewa perempuan itu akan tetap diingati orang. Seterusnya, pada perjamuan terakhir, kata-kata yang sama muncul kembali. Dia memecahkan tubuhNya dan menumpahkan darahNya untuk kita. Bila anda membaca perkataan Yesus, "Buatlah demikian sebagai peringatan akan daku," jangan cuma mneggambarkan biskut dan jus anggur. Perjamuan ini menggambarkan panggilan kita. Kita dipanggil mengikuti tauladan Yesus - dipecahkan dan ditumpahkan. Serahkan segalanya. Ini akan sebenarnya memperingati Yesus. Bukannya menghargai upacara agama, tetapi sendiri menjadi peringatan. Bagaimanakah anda akan "terpecah dan tertumpah" dalam hidup anda?
Perihal Pelan
Bagaimanakah anda menjalani hidup jika diketahui itu minggu terakhir anda? Minggu terakhir Yesus di dunia dalam kemanusiaanNya dipenuhi detik-detik istimewa, penggenapan nubuatan, doa yang intim, perbincangan mendalam, tindakan simbolik, dan kejadian yang mengubah dunia. Pelan bacaan ini bermula pada hari Isnin sebelum Easter. Anda akan membaca kisah Minggu Suci melalui petikan dari keempat kitab Injil.
More
Kita berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk mendapati lebih maklumat tentang Life.Church, sila kunjungi: www.Life.Church