Tahun Baru, Rahmat BaruSampel
Jika keabadian adalah rancangannya, tidaklah masuk akal untuk menyusutkan kehidupan anda kepada keperluan dan keinginan pada saat ini sahaja.
Tidak ada apa pun keraguan tentangnya—Alkitab adalah buku gambaran besar yang memanggil kita kepada kehidupan gambaran besar. Ia meregangkan keanjalan minda anda kerana ia memanggil anda untuk fikir tentang perkara sebelum permulaan dunia dan ribuan tahun melewati keabadian. Alkitab tidak membenarkan anda untuk hidup pada ketika ini sahaja. Ia tidak memberikan anda ruang untuk menyusutkan fikiran, keinginan, kata-kata, dan tindakan anda kepada apa fikiran, emosi, atau keperluan pun yang menguasai anda pada bila-bila masa saja. Pada suatu ketika, fikiran anda mungkin kelihatan lebih penting daripada keadaan sebenarnya. Pada suatu ketika, emosi anda mungkin kelihatan lebih boleh diharap daripada keadaan sebenarnya. Pada suatu ketika, keperluan anda mungkin kelihatan lebih penting daripada keadaan sebenarnya. Kita dimaksudkan untuk menjalankan kehidupan yang berhubungan dengan permulaan dan keakhiran. Kita dimaksudkan untuk hidup demikian kerana segala sesuatu yang kita lakukan dimaksudkan untuk berhubungan dengan Allah permulaan dan keakhiran, yang melalui-Nya dan untuk-Nya kita telah diciptakan.
Memanglah sukar untuk hidup sentiasa ingat akan keabadian. Kehidupan menyusut ke suatu ketika berulang kali. Terdapat masa di mana seolah-olah perkara yang paling penting dalam kehidupan adalah mengharungi kesesakan lalu lintas, memenangi pertengkaran, atau memuaskan nafsu seks. Terdapat masa di mana kegembiraan dan kepuasan kita menyusut kepada membeli kasut baru atau stik yang akan siap dimasak dalam 10 minit. Terdapat masa di mana siapa kita, siapa Allah, dan destinasi kita menyusut ke sebalik fikiran, emosi, dan keperluan pada suatu ketika itu. Terdapat masa di mana kita sesat di tengah-tengah cerita Allah. Kita hilang fikiran, kita hilang hala tuju, dan kita hilang peringatan akan Dia.
Allah mengingatkan kita bahawa ini bukanlah segala-galanya, bahawa kita telah dicipta dan dicipta semula dalam Kristus Yesus untuk keabadian. Dia mengingatkan kita supaya tidak hidup untuk harta pada suatu ketika: "Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di situ gegat dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya" (Mat 6:19-20).
Pertimbangkan: Jika Allah sudah memberikan anda tempat dalam keabadian, maka, Dia juga telah memberikan anda segala kasih karunia yang diperlukan sepanjang perjalanan itu, jika tidak anda tidak akan sampai ke sana. Ada kasih karunia untuk hati kita yang mudah berubah-ubah dan senang dialihkan perhatian. Ada keselamatan untuk kita yang asyik dengan diri sendiri dan kekurangan tumpuan. Allah keabadian memberikan anda kasih karunia abadi-Nya supaya anda boleh hidup sentiasa ingat akan keabadian.
Kitab
Perihal Pelan
Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila "pengubahsuaian tingkah laku" atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari.
More