Tahun Baru, Rahmat BaruSampel

New Year, New Mercies

HARI 7 DARIPADA 15

Anda memerlukannya setiap hari. Anda dan saya tidak dapat hidup tanpanya. Apakah benda itu? Roh Kudus yang tinggal di dalam kita.

Saya tidak tahu di mana saya apabila memo itu dikeluarkan. Saya tidak pasti mengapa saya terlepas perbincangannya. Saya tidak dapat menjelaskan mengapa saya mempunyai jurang pemahaman yang teruk tentang injil. Saya tidak dapat memberitahu anda mengapa item ini tidak dimasukkan dalam garis kasar teologi saya, tetapi ia tidak dimasukkan, dan kenyataan bahawa ia tertinggal menjadikan kehidupan Kristian saya agak sengsara. 

Inilah teologi fungsian kehidupan saya sebagai anak Allah: Saya sedar bahawa melalui kasih karunia saya telah diampunkan oleh Allah dan saya sedar bahawa saya telah diberikan pas menyeluruh ke keabadian, tetapi saya fikir dalam tempoh antara sekarang dan keabadian, tugas saya cumalah bertahan. Tanggungjawab saya adalah mengenal pasti dosa, menyingkirkannya daripada kehidupan saya, dan menyerahkan diri untuk hidup dalam cara yang lebih baik, lebih alkitabiah. Saya pernah cuba ini, percayalah; Saya mencubanya dan mendapati ia tidak berhasil. Saya gagal berulang kali. Nampaknya saya gagal lebih banyak kali daripada berjaya. Saya menjadi semakin kecewa dan tawar hati. Saya rasa seolah-olah saya telah dikerah masuk permainan yang saya tidak berupaya main, oleh orang yang mempunyai skor sempurna. Saya terkenang masa keadaan itu telah meruncing semasa saya berada di kolej. Pada pukul 6 pagi, semasa saya keberatan untuk membuat renungan, saya meletakkan kepala pada meja dan berseru, "Saya tidak dapat melakukan apa yang Engkau minta saya lakukan!" Kemudian, saya membaca bab seterusnya dalam bacaan Alkitab harian saya, dan melalui kasih karunia Allah, petikan itu ialah Roma 8. 

Saya membaca bab itu berulang kali, termasuk kata-kata ini: "Jika kamu hidup menurut tabiat manusia, kamu akan mati; tetapi jika dengan kuasa Roh Allah kamu mematikan semua perbuatan kamu yang berdosa, kamu akan hidup" (ay. 13). Ia bagaikan bunga api yang meletup dalam kepala saya. Allah tahu bahawa keperluan saya sebagai orang yang berdosa adalah begitu besar sehinggakan tidaklah cukup untuk mengampunkan saya sahaja; Dia perlu datang dan tinggal di dalam saya, jika tidak saya tidak dapat dicipta semula untuk menjadi saya yang seharusnya atau melakukan apa yang harus saya lakukan setelah dilahirkan semula. 

Saya memerlukan hadirat dan kuasa Roh Kudus yang tinggal di dalam saya kerana dosa menculik keinginan hati saya, membutakan mata saya, dan melemahkan lutut saya. Masalah saya bukanlah rasa bersalah dosa sahaja; tetapi ketidakupayaan dosa juga. Jadi, Allah oleh kasih karunia memberikan kepada anak-Nya hadirat Roh yang meyakinkan, memberikan penglihatan, menghasilkan keinginan, dan memberikan kekuatan. Ia tidak dapat diungkapkan dengan lebih baik lagi daripada apa yang dikatakan Paulus pada penghujung perbincangannya tentang kurnia Roh: "Dia menghidupkan badan kamu yang fana" (Rm 8:11, parafasa saya). 

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

New Year, New Mercies

Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila "pengubahsuaian tingkah laku" atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/