Tahun Baru, Rahmat BaruSampel

New Year, New Mercies

HARI 10 DARIPADA 15

DNA sukacita adalah kesyukuran. Adakah anda sedar bahawa orang yang rasa berhak dan merungut-rungut tidak kelihatan gembira?

Saya harap saya boleh sentiasa membawanya bersama saya. 

Saya harap ia sentiasa membentuk cara saya melihat kehidupan. 

Saya harap ia mengarahkan keinginan saya. 

Saya harap ia adalah kecenderungan biasa 

hati saya. 

Saya harap mengingati 

kasih karunia-Mu yang tidak terbatas 

akan melenyapkan rungutan saya. 

Saya harap 

penyembahan saya terhadap-Mu, 

kepercayaan saya akan-Mu, 

rehat saya dalam-Mu 

akan menghilangkan 

semua rungutan. 

Sekiranya hati saya 

akan dibebaskan daripada 

rungutan 

dan diperintah oleh 

kesyukuran, 

saya memerlukan kasih karunia-Mu: 

kasih karunia untuk mengingati, 

kasih karunia untuk melihat, 

kasih karunia yang menghasilkan 

hati bersukacita yang rendah hati. 

Hari 9Hari 11

Perihal Pelan

New Year, New Mercies

Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila "pengubahsuaian tingkah laku" atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/