Tahun Baru, Rahmat BaruSampel

New Year, New Mercies

HARI 14 DARIPADA 15

Jangan putus asa hari ini. Anda boleh meninggalkan "kalau" dan "andainya" dalam tangan Dia yang mengasihi anda dan memerintah segala sesuatu.

Walaupun anda ialah orang beriman yang kenal serba sedikit tentang Alkitab dan pengetahuan teologi, terdapat satu perkara yang anda tahu secara pasti—Allah akan mengelirukan anda. Teologi anda akan memberikan anda keupayaan terhad untuk mentafsirkan pengalaman anda. Perintah, prinsip, dan kajian kes Alkitab terhad dalam membantu anda memahami kehidupan anda. Pasti ada masa di mana anda tidak memahami apa yang sedang berlaku. Sebenarnya, anda akan menghadapi waktu di mana apa yang dibawakan ke dalam kehidupan anda oleh Allah yang menyatakan diri-Nya sebagai baik itu kelihatan tidak baik. Ia mungkin juga kelihatan teruk, teruk sekali. 

Sekarang, jika iman anda adalah berdasarkan keupayaan anda untuk memahami sepenuhnya masa silam, masa sekarang, dan masa depan anda, maka, waktu kekeliruan anda akan menjadi waktu yang melemahkan iman anda. Walau bagaimanapun, kenyataannya adalah anda tidak ditinggalkan dengan dua pilihan sahaja—memahami segala sesuatu dan berehat dalam kedamaian ataupun memahami sedikit dan dikuasai kerisauan. Terdapat pilihan ketiga. Ia adalah cara iman alkitabiah sebenar. Alkitab memberitahu anda bahawa kedamaian sebenar ditemui dalam rehat dalam kebijaksanaan Dia yang memegang semua "kalau" dan "andainya" anda dalam tangan penyayang-Nya. Yesaya menyatakan ini dengan baik dengan kata-kata penghiburan ini: "Engkau, TUHAN, memberikan kedamaian dan kesejahteraan kepada orang yang teguh hati, kerana mereka percaya kepada-Mu" (Yes 26:3). 

Kedamaian sebenar yang teguh dan kekal, kedamaian yang tidak naik turun dengan keadaan, tidak ditemui dengan menganalisis kehidupan anda sehingga anda memahami semua komponennya. Anda tidak mungkin memahami segala-galanya kerana Allah, demi kebaikan anda dan kemuliaan-Nya, merahsiakan sebahagian daripadanya. Jadi, kedamaian hanya ditemui dalam kepercayaan, kepercayaan dalam Dia yang dengan telitinya menguasai segala sesuatu yang cenderung merampas kedamaian anda. Dia mengetahui, Dia memahami, Dia berkuasa terhadap apa yang kelihatan huru-hara, Dia tidak pernah terkejut, Dia tidak pernah keliru, Dia tidak pernah bimbang atau tidak lelap tidur, Dia tidak pernah berhenti untuk berehat, Dia tidak pernah terlalu sibuk dengan sesuatu perkara dan mengabaikan perkara yang lain, dan Dia tidak pernah berat sebelah. 

Anda perlu mengingatkan diri berulang kali tentang kawalan-Nya yang bijak dan penyayang, bukan kerana ia akan segera menjadikan kehidupan anda munasabah, tetapi kerana ia memberikan anda rehat dan kedamaian pada waktu yang dihadapi kita dari masa ke masa—di mana kehidupan kelihatannya tidak munasabah. 

Hari 13Hari 15

Perihal Pelan

New Year, New Mercies

Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila "pengubahsuaian tingkah laku" atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/