Tahun Baru, Rahmat BaruSampel

New Year, New Mercies

HARI 2 DARIPADA 15

Rehat anda tidak diperoleh dengan memahami kehidupan anda, tetapi dalam mempercayai Dia yang mengetahui segala sesuatu demi kebaikan anda dan kemuliaan-Nya.

Kami sedang menuju tempat membeli-belah dengan dua anak lelaki kecil kami apabila anak saya yang berumur tiga tahun tiba-tiba menanya, "Ayah, jika Allah mencipta segala sesuatu, adakah Dia mencipta tiang lampu?" Saya memikirkan apa yang difikirkan berulang kali oleh ibu bapa semasa menangani soalan "mengapa" anak kecil yang tidak habis-habis: "Bagaimanakah kita beralih dari sini ke tempat yang harus ditujui dalam perbualan ini?" Ataupun, "Mengapa dia selalu menanya saya soalan 'mengapa'?" 

Manusia mempunyai keinginan mendalam untuk mendapat tahu dan memahami. Kita menghabiskan banyak masa mental harian kita untuk memahami perkara. Kita tidak hidup menurut naluri. Kita tidak membiarkan kehidupan kita. Kita semua ialah ahli teologi. Kita semua ialah ahli falsafah. Kita semua merupakan ahli arkeologi yang menggali timbunan kehidupan kita untuk memahami perabadan yang merupakan cerita kita. Motivasi mental yang dicipta oleh Allah ini disertai kurnia analitis yang menakjubkan dan penuh misteri. Dorongan ini dan kurnia ini memisahkan kita daripada ciptaan yang lain. Ia bersifat kudus, dicipta oleh Allah untuk menarik kita kepada-Nya, supaya kita boleh mengenali-Nya dan memahami diri berdasarkan kewujudan dan kehendak-Nya. 

Walau bagaimanapun, dosa menjadikan dorongan dan kurnia ini bahaya. Ia menggoda kita untuk fikir bahawa kita akan menemui hati kita dengan memahami segala sesuatu. Ia adalah cara kehidupan "Jikalau saya dapat memahami ini atau itu, saya adalah selamat". Namun, ia tidak berhasil. Pada saat anda yang paling cemerlang, anda masih menghadapi misteri dalam kehidupan anda; ada kalanya misteri yang menyeksakan. Kita menghadapi perkara yang kelihatan tidak masuk akal dan seolah-olah tiada niat baik. Jadi, rehat tidak ditemui dalam pencarian untuk memahami segala sesuatu. Tidak, rehat ditemui dalam mempercayai Dia yang memahami segala sesuatu dan memerintah demi kemuliaan-Nya dan kebaikan kita. 

Tidak banyak petikan menangkap rehat itu sebaik Mazmur 62:5-7 (ay. 6-8 dalam BM): "Dengan tenang aku menantikan Allah; Dia sahaja yang memberi aku harapan. Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku; Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan. Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah; Dialah pelindungku yang kuat; Dialah tempat perlindunganku." 

Ketika anda ingin mengetahui perkara yang tidak dapat diketahui, ada rehat yang dapat dicapai. Ada Seseorang yang mengetahuinya. Dia mengasihi anda dan memerintah apa yang tidak dapat anda faham dengan minda anda.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

New Year, New Mercies

Sepanjang 15 hari, Paul David Tripp akan mengingatkan anda akan kasih karunia Allah terhadap anda—kebenaran yang tidak pernah ketinggalan zaman. Apabila "pengubahsuaian tingkah laku" atau aforisme seronok tidak cukup untuk membuat anda rasa segar, belajar mempercayai kebaikan Allah, bergantung pada kasih karunia-Nya, dan hidup demi kemuliaan-Nya setiap hari.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Crossway kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.crossway.org/books/new-morning-mercies-hcj/