Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel
Cara yang Salah untuk Melawan Dosa
Apabila anda ingin berhenti berdosa, apakah yang anda lakukan?
Adakah anda menyekat sesuatu, menjauhkan diri daripada situasi yang mencuba, atau mengalihkan perhatian dengan lebih banyak kegiatan yang tidak berbahaya?
Anda mungkin sudah mengamalkan ini kerana sudah banyak kali melakukannya, tetapi semua teknik ini tidak berhasil. Anda tidak dapat menahan diri, tidak menghiraukan keinginan anda, atau memaksa diri untuk berserah. Mengapa? Kerana fikiran dan kehendak anda bukanlah tumpuan proses membuat keputusan anda. Hati andalah tumpuannya. Jika anda tidak menyukai sesuatu, anda tidak akan melakukannya. Jika anda tidak membenci sesuatu, anda tidak akan meninggalkannya.
Walau bagaimanapun, banyak buku usaha diri dan khutbah sekarang ini, mengesyorkan strategi ini. Sentiasa ada "kebijaksanaan" baru tentang cara menghentikan tabiat buruk dan memulakan tabiat yang baik. Banyak antaranya melayan dosa seperti diet. Membuat tabiat yang buruk kebulur. Menyuap tabiat yang baik. Namun, dosa tidak bertindak seperti ini.
Dalam petikan hari ini, Paulus menentang taktik agama yang serupa pada zamannya. Ia cuba menolong pembacanya untuk menentang hawa nafsu manusia (Kol 2:23) dan keinginan duniawi (3:5). Walau bagaimanapun, sebelum ia memberitahu mereka cara melakukannya, ia memberitahu mereka cara yang salah.
Orang yang hidup pada zaman Paulus mengatakan bahawa cara yang betul untuk mengikis dosa ialah penafian. "Jangan kecap, jangan jamah, jangan sentuh" (2:21). Mereka membentuk agama buatan manusia berkenaan menyekat keperluan asas daripada diri - “kezahidan” (2:23) - dan mencederakan diri - “pengabaian tubuh” (2:23). Cara melawan dosa ialah memaksanya daripada diri dan menghukum diri bila itu tidak berhasil.
Ini merupakan versi yang melampau tentang apa yang harus dilakukan. Contohnya, jika seseorang bergelut dengan pornografi, mereka mungkin menahan diri daripada internet dan teknologi. Apabila mereka gagal berbuat demikian, mereka dikuasai oleh rasa bersalah dan malu. Masalah penafian ialah tindakan ini tidak mengubah hati sepertimana menahan lapar tidak menghilangkan kelaparan.
Ini mungkin kedengaran salah bagi anda. Mungkin inilah cara anda rasa anda harus melawan dosa. Tidak menghairankanlah bahawa Paulus berkata, "Memang peraturan-peraturan itu kelihatannya bijaksana” (2:23). Walau bagaimanapun, ini tidak mungkin berhasil. Taktik dosa tersebut "tidak berguna untuk mengendalikan nafsu manusia” (2:23).
Maka, jika itu bukanlah cara untuk melawan dosa, bagaimana kita harus melawan dosa?
Paulus menawarkan jawapannya. "Kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah. Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga” (3:1-2).
Bagaimanakah kita melawan dosa? Kita menumpukan pemikiran kita pada Kristus. Anda tidak mengubah hati anda dengan menafikan keinginan anda. Namun, anda boleh mengubah hati anda dengan menumpukan pemikiran anda pada Kristus.
Apabila anda mengingatkan diri bahawa anda "telah dibangkitkan bersama Kristus" (3:1), hati anda dipenuhi kasih sayang. Kasih sayang tersebut akan mendawaikan semula hati anda dalam cara yang tidak mungkin dicapai melalui penafian. Menumpukan pemikiran anda pada Kristus dan Injil-Nya akan mematikan dosa dalam hidup anda.
Perihal Pelan
Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan hati anda. Berdasarkan buku Rewire Your Heart, pelan 10 hari ini melihat beberapa ayat yang paling penting tentang hati anda yang akan menolong anda menemui cara melawan dosa dengan membenarkan Injil untuk mendawaikan semula hati anda.
More