Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap HariSampel
"Cukup, saya akan menamatkannya."
Pesanan ringkas ini dihantar ke telefon kawan saya, Ryan, daripada nombor yang tidak dikenali pada malam Selasa pada pukul 8 malam. Dia baru duduk di sofa sesudah menidurkan anaknya selepas bekerja keras sehari suntuk.
"Maaf, siapa ini?" balas Ryan.
Namanya Sarah. Dia sedar bahawa dia telah menghantar pesanan itu ke nombor yang salah lalu meminta maaf.
"Tunggu" balas Ryan. "Saya boleh membantu."
Mereka menghantar dan membalas pesanan ringkas selama lebih kurang setengah jam. Sarah berkongsi ceritanya. Ia adalah tragik. Luka terakhir adalah teman lelakinya yang kasar telah berpisah dengannya. Ryan asyik memberitahunya tentang kasih Yesus dan nilainya kepada Allah walaupun dia berasa terseksa. Ryan memberitahunya supaya tidak mendasarkan kehidupannya pada pendapat lelaki berusia 22 tahun itu.
"Sudah terlambat" balasnya, "Saya baru menelan sebotol pil."
Ryan merayunya untuk memberitahu alamatnya. Dia memberitahunya bahawa dia dan isterinya akan membawa dia ke hospital. Dia memberitahunya, dan mereka tergesa-gesa membawanya ke hospital, di mana doktor segera merawat Sarah dan menyelamatkannya.
Dalam beberapa bulan, mata Sarah dengan perlahannya terbuka untuk melihat betapa bernilainya dia dalam Kristus. Akhirnya, dia ke sebuah universiti Kristian untuk mengejar rancangan Allah untuk hidupnya. Allah telah menebusnya; Dia telah mengambil kehidupan yang dianggap tidak berguna oleh dunia kita—dan oleh dirinya sendiri—dan menterbalikkannya. Dia memang berbaloi untuk dikorbankan nyawa Yesus.
Semasa seorang kawan belajar dalam bidang MBA keusahawanan, profesor ekonominya memasakkan ke telinga mereka satu konsep asas: Nilai sesuatu ditentukan oleh apa yang dibayar oleh seseorang yang lain.
Harga yang dibayar untuk penebusan kita adalah darah Yesus Kristus, Anak Allah. Mungkinkah ada harga yang lebih tinggi lagi? Bolehkah apa-apa yang lain menjadikan anda lebih bernilai?
Kita mengharungi pertempuran harian untuk mendasarkan nilai kita pada harga yang telah dibayar Allah untuk kita. Kita mempunyai mata wang lain yang digunakan untuk menilai diri. Kita menggunakan mata wang pencapaian, keluarga, rupa, kekayaan, bangsa, pendidikan, kepemimpinan, pengaruh, ataupun "isikan tempat kosong."
Manusia sama ada cuba sedaya upaya untuk membuktikan nilai diri ataupun hidup dalam kemurungan kerana mereka rasa mereka tidak bernilai.
Ini adalah salah satu kesan yang lebih berkuasa daripada mengkhabarkan Injil kepada jiwa anda. Anda mengingatkan jiwa anda akan nilainya dalam Kristus dengan mengingatkan diri tentang harga mahal yang dibayar untuk menebus anda.
Kitab
Perihal Pelan
Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog.
More