Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap HariSampel

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

HARI 4 DARIPADA 7

Sebuah gereja tempatan pernah menganjurkan pelayanan misi untuk membina sebuah gereja di sebuah kampung terpencil di Rusia. Mereka membina rumah ibadat menggunakan batu daripada sebuah penjara Rusia yang terbiar. Betapa berkuasanya pemandangan ini!

Perhatian yang teliti diberikan untuk menjaga batu tersebut. Semasa mengalihkan satu batu yang besar, mereka menjumpai batu berlubang yang mengandungi satu kanister; di dalam kanister itu adalah sekeping nota yang dicoret secara tergesa-gesa: "Kami adalah sekumpulan orang Kristian yang dipaksa oleh Komunis untuk mengambil batu gereja kami dan membina penjara di mana kami akan dikurung sehingga mati. Doa kami adalah satu hari nanti, batu ini akan sekali lagi digunakan untuk membina sebuah gereja."

Apabila Kristus bangkit daripada kematian, Dia memilih untuk menampakkan diri kepada Maria Magdalena terlebih dahulu. Pada zaman itu, kesaksian perempuan tidak diterima di mahkamah. Namun, Yesus memilih kumpulan perempuan minoriti yang miskin sebagai saksi pertama-Nya, menunjukkan kepada dunia bahawa perempuan minoriti dengan berita yang terbesar dalam dunia ini boleh menjatuhkan empayar yang terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Kini, kerajaan Allah bertumbuh dengan pesat setiap hari, lelaki dan perempuan menyerahkan hidup mereka kepada Kristus, sementara kerajaan Roma terbiar dalam keadaan musnah.

Kisah Injil adalah kisah tentang orang biasa yang bersaksi dan mengalami kuasa kebangkitan yang luar biasa. Bila anda rasa miskin dan tidak berdaya, Kristus yang telah bangkit bersedia untuk menyatakan kuasa-Nya melalui anda. Semua lingkungan kehidupan anda yang rasa tidak penting adalah lingkungan yang dicari Kristus untuk satu lagi mukjizat kebangkitan.

Kristus melaksanakan mukjizat terbesar-Nya di kalangan orang yang paling biasa, di kota yang paling kecil, pada masa yang paling biasa. Sebahagian besar mukjizat tidak dilaksanakan di bait di Yerusalem tetapi di pinggir kampung yang kecil. Jika anda berada di tempat yang biasa saja, anda mungkin berada di tempat yang sempurna untuk pencurahan kuasa kebangkitan Allah.

Apabila anda mula berkongsi Injil kepada hati anda setiap hari, anda mula melihat kebangkitan dalam hari, di tempat, dan pada orang yang paling biasa.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Chosen: Remind Yourself Of The Gospel Everyday

Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Think Eternity kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.thinke.org