Terpilih: Mengingatkan Diri Tentang Injil Setiap HariSampel
Sahabat saya Ryan berkongsi cerita tentang seorang lelaki bernama En. Bi yang merupakan seorang profesor di Universiti Beijing, yang dikenali sebagai "Harvard China." En. Bi mempersendakan parti Komunis dalam kelas kepada sekumpulan pelajar. Seorang daripada pelajarnya melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Keesokan harinya, polis menyerbu pejabat En. Bi dan membawanya ke sebuah penjara Komunis yang terpencil dan sejuk—tanpa amaran, tanpa perbicaraan.
Pada pagi itu, dia bangun sebagai seorang profesor yang mempengerusikan salah satu kedudukan akademik yang paling berprestij di dunia. Menjelang malam, dia dipenjarakan. Pada waktu ini, penjara di China adalah antara tempat yang paling teruk di dunia—sarang penyakit yang mengerikan, penyeksaan, dan kematian. En. Bi menjadi murung dan putus asa dengan cepat. Kemurungannya menimbulkan fikiran untuk membunuh diri selepas beberapa minggu. Pada suatu petang, diselubungi kesedihan, dia berdiri di jendela penjaranya yang terletak di tingkat lapan. Orang Cina tidak memasang tingkap di tingkat atas penjara. Jika banduan memilih untuk melompat, itu tidak menjadi masalah.
Hati En. Bi berdebar-debar apabila dia melihat ke luar dan berfikir hendak lompat. Tiba-tiba, sesuatu berlaku. Dia mendengar suara kecil berkata, "Jangan pergi. Jangan pergi. Jangan pergi." Dia duduk di tengah-tengah bilik penjaranya, terdesak.
Di atas lantai konkrit yang keras itu, kenangan membanjirinya. Seorang sahabatnya, seorang profesor asing yang beragama Kristian, pernah berkongsi Injil kepadanya. En. Bi berdoa, "Yesus, jika Engkau adalah benar, berilah saya pengampunan dan ketenangan seperti yang dikatakan sahabat saya telah dijanjikan-Mu. Sebagai balasan, saya akan mempersembahkan hidup saya dan melayani-Mu."
Dia memandang ke atas dan, "Langit kelihatan sangat biru, matahari bersinar dengan sangat cerah melalui lubang pada dinding, dan saya merasa sukacita memenuhi hati saya, sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini."
Tanpa ragu-ragu, profesor yang unggul ini menjerit, "Saya mempunyai masa depan yang cerah dalam Yesus Kristus!" Pengawal di sana mendengarnya dan dengan zalim memberitahunya untuk diam. Walau bagaimanapun, sukacitanya tidak dapat ditahan. Dia terus menjerit sehinggakan pengawal datang ke bilik penjaranya dan memukulnya.
Seseorang yang dipenjarakan tetapi dibebaskan melalui kepercayaan dalam Injil Yesus adalah lebih bebas daripada sesiapa yang berada di luar penjara tetapi tidak memiliki Injil.
Akhirnya, En. Bi dibebaskan dan menubuhkan beberapa rumah anak yatim di kawasan pedalaman China. Dia menjaga golongan miskin dan membimbing banyak orang kepada Kristus. Dia mempunyai masa depan yang cerah dalam Yesus Kristus. Sehingga hari ini, sukacitanya berjangkit-jangkit apabila anda menemuinya. Dia akan memberitahu anda bahawa sukacita yang dirasanya di penjara adalah sama dengan sukacita sekarang.
Ada kalanya, setiap orang rasa mereka terkurung dalam penjara buatan sendiri—terperangkap oleh fikiran, tabiat, perbuatan, dan masa lalu yang sering menghantui mereka.
Injil mengajar kita bahawa penjara yang paling teruk adalah penjara buatan sendiri. Bilik penjara ini dipalang oleh perasaan tidak yakin pada diri sendiri, dengan kesedaran yang dalam bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita, bahawa ada sesuatu dalam diri yang rosak. Kita memikul ini seperti rantai di leher. Inilah keadaan manusia.
Hal ini hanya akan berubah jika sesuatu yang drastik berlaku.
Injil adalah tindakan yang paling drastik. Ia merupakan salib yang berlumuran darah, kematian Allah sendiri demi kita. Ia adalah kekalahan yang teruk bagi kematian melalui kebangkitan yang mulia untuk menunjukkan kasih dan kuasa Allah sepanjang keabadian.
Alkitab mengingatkan kita bahawa kita harus sentiasa menumpukan perhatian teliti pada apa yang didengar, terutamanya hal yang berkaitan dengan Injil (Ibrani 2:1). Khutbah yang paling penting yang akan anda khabarkan adalah khutbah kepada hati anda, yang mengingatkan hati anda setiap hari, "Saya mempunyai masa depan yang cerah dalam Yesus Kristus."
Kitab
Perihal Pelan
Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bangun tidur dan mengingatkan diri tentang Injil setiap hari? Renungan 7 hari ini membantu anda untuk melakukan itu! Injil bukan sahaja menyelamatkan kita, malah menyebabkan kita tabah hati sepanjang kehidupan kita. Penulis dan Penginjil Matt Brown telah membentuk pelan bacaan ini berdasarkan buku renungan 30 hari yang ditulis oleh Matt Brown dan Ryan Skoog.
More