Setiap Langkah Ialah Satu KetibaanSampel

Every Step An Arrival

HARI 5 DARIPADA 5

Penyembahan Sebenar

Barangkali frasa yang paling luar biasa dalam mazmur ini ialah "Engkau mengairi batas-batas ladang mereka dan menggemburkan alur-alurnya; Engkau melembutkannya dengan hujan dan memberkati pertumbuhan tanaman" (Mazmur 65:10, AVB). Pemazmur itu mengalami kelimpahan. Ia melihat tahun itu bertambah baik dalam pertumbuhan baru musim bunga seperti permaisuri yang dimahkotai kalungan Allah, dihiasi tanaman baru ladang, dan dilayani kawanan yang merayau-rayau di seluruh bukit dan lembah. Semasa kita mendengar pemazmur itu naik ghairah dengan ketakjuban tersebut, tidaklah pelik jika kita mula berharap kita berada di sana. 

Walaupun mazmur ini tidak menyentuh ini secara langsung, masa ia dituliskan dipenuhi dengan amaran tentang lelaki yang akan menggantikan gereja dengan alam semula jadi dan bersembah di sana dan bukannya beribadat di dalam bait suci atau gereja. Dorongan itu dimodenkan dalam lelaki yang mengatakan bahawa ia boleh menyembah Allah dengan lebih baik semasa memandang matahari terbenam yang indah berbanding melafazkan doa kuno di dalam gereja yang kolot. Ia mungkin menyembah dengan lebih baik, tetapi ia berkemungkinan tidak menyembah Allah sebaliknya menyembah matahari atau, berkemungkinan besar, perasaannya tentang matahari. 

Penyembahan Kristian ialah pengudusan masa dan ruang. Perkara yang kita perhatikan, diami, dan layan dengan bersahaja dalam kehidupan biasa ditumpukan pada waktu penyembahan Kristian supaya kita melihat maksud utamanya yang kekal. Penyembahan memberikan kepentingan yang memuncak kepada masa dan ruang dunia biasa. Tiada orang yang boleh, ataupun mahu, hidup dalam dunia penyembahan yang mendalam sepanjang masa. Walau bagaimanapun, penyembahan memang memberikan kejelasan kepada segala sesuatu yang dilakukan oleh orang Kristian.

Orang Kristian yang meninggalkan waktu penyembahan menyedari bahawa kasih, harapan, iman, pujian, berkat, dan kasih kurnia mendatangkan perbezaan kecil, dalam kuantiti yang amat kecil, yang menghasilkan perbezaan kekal dalam kehidupan. Orang Kristian yang sedang menyembah bagaikan ahli gimnastik udara atau trapez. Ia merasakan maksud masa dan ruang. Apabila ia bergerak kembali ke alam semesta biasanya, ada kejelasan dan ketepatan terhadap perasaannya dan tindakannya yang tidak wujud sebelumnya. 

Bilakah pengalaman penyembahan telah mengubah cara anda berhubung dengan orang lain dan Allah sesudah waktu itu berakhir?

Sekiranya anda menggemari renungan 5 hari daripada Eugene Peterson ini, pastikan anda mendapatkan buku Eugene, Every Step an Arrival  

Hari 4

Perihal Pelan

Every Step An Arrival

Kami berharap lima renungan daripada Eugene Peterson ini akan membawa fikiran dan hati anda ke mana saja ia pergi, kerana anda tidak mungkin mengetahui apa yang akan digunakan oleh Roh untuk menggalakkan, mencabar atau menghiburkan anda. Anda mungkin memilih untuk menggunakan soalan renungan di akhir setiap renungan untuk membentuk doa harian anda—pastinya bukan sebagai titik tamat tetapi permulaan bagi ketibaan yang dinantikan.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/540871/every-step-an-arrival-by-eugene-h-peterson/