Setiap Langkah Ialah Satu KetibaanSampel
Menerima Apa Yang Sedang Dilakukan Oleh Allah
Banyak kali dalam kisah alkitabiah, kita mempelajari lebih banyak tentang diri sendiri semasa membacanya daripada membaca sejarah kuno. Ungkapan soalan Gideon dalam petikan ini meniti bibir kita: "Jika TUHAN sungguh menyertai kami, mengapakah segala perkara ini berlaku kepada kami?" (ayat 13, BM).
Nampaknya Allah berada jauh daripada hidup kita yang dipenuhi dengan kematian, penderitaan, kebosanan, pekerjaan yang tidak kita sukai, orang yang kita tidak fahami, keadaan yang kita tidak dapat ubah. Kita mendengar jawapan untuk soalan Gideon dengan harapan kita juga mendengar jawapan untuk soalan kita. Walau bagaimanapun, seperti yang kerap berlaku dengan pertemuan antara Allah dan orang dalam Alkitab, jawapan tidak diberikan, sekurang-kurangnya bukan perkara yang kita biasanya kelaskan sebagai jawapan. Sebaliknya, ada perintah: "Pergilah bebaskan orang Israel daripada orang Midian" (ayat 14, BM).
Respons Gideon agak serupa dengan respons kita: "Lihatlah, kaumku yang terkecil antara semua suku Manasye, malah aku pula yang paling muda antara kaum keluargaku" (ayat 15, AVB). Namun, Allah menunjukkan Gideon bahawa tiada lagi introspeksi terhadap kegagalan lepas, tiada lagi spekulasi tentang takdir, tiada lagi penilaian kendiri. Inisiatif terletak dalam tangan Allah, seperti waktu di Mesir. Gideon hanya perlu taat dan menurut janji itu. Dia hanya perlu melayani, dan Allah akan membawa kemenangan.
Sekarang, anda boleh mengenang hidup anda, meneliti sejarah keluarga, memerhatikan tradisi negara, dan melihat apa yang berlaku apabila seseorang itu mengingkari Allah dan menolak kasih-Nya. Keingkaran mudah dikesan. Antara simptom biasanya ialah refleks moral yang lembap, hati nurani yang tidak menyenangkan dan mengganggu penghadaman anda, rasa bersalah yang menjadikan anda mudah penat, dan kemurungan ringan yang melemahkan tenaga kreatif anda.
Bagi anda yang menyedari simptom tersebut dalam diri sendiri, saya mempunyai berita baik: Allah mengasihi anda, dan Dia bersedia untuk mengampunkan dosa anda serta memberikan kehidupan kekal yang baru dalam anda. Allah sudah bersedia, pada waktu ini, untuk membatalkan masa lalu, untuk memadamkan rekod, untuk membakar fail tentang anda. Tiada apa-apa yang pernah anda lakukan atau dapat bayangkan membatalkan kelayakan anda untuk menerima apa yang sedang dilakukan-Nya sekarang ini untuk anda.
Bilakah rasa kelemahan anda atau kesedaran akan kegagalan lepas anda menghalang anda daripada mengikuti arahan Allah?
Kitab
Perihal Pelan
Kami berharap lima renungan daripada Eugene Peterson ini akan membawa fikiran dan hati anda ke mana saja ia pergi, kerana anda tidak mungkin mengetahui apa yang akan digunakan oleh Roh untuk menggalakkan, mencabar atau menghiburkan anda. Anda mungkin memilih untuk menggunakan soalan renungan di akhir setiap renungan untuk membentuk doa harian anda—pastinya bukan sebagai titik tamat tetapi permulaan bagi ketibaan yang dinantikan.
More