Berpacaran Secara Hitam Putih: Batasan, Seks & RealitiSampel
![Dating In Black & White: Boundaries, Sex & Reality](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F12672%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Apabila Mencintai Mereka Menyakiti Anda—Mencari Kekuatan untuk Melepaskan Diri
Anda tidak dapat berbuat apa-apa untuk menjadikan orang yang salah itu orang yang betul bagi anda. Ingatlah bahawa kita telah berbincang tentang pemecah perjanjian hubungan pada hari ketiga renungan ini.
Banyak kali individu mendapati susah, sukar, dan terseksa untuk melepaskan seseorang yang mereka sedar adalah tidak baik bagi mereka atau masa depan mereka. Sering kali, ini disebabkan oleh ikatan emosi antara dua pihak itu. Satu sebab lain mungkinlah pelanggaran garisan fizikal dalam hubungan itu, termasuk seks pranikah yang menghasilkan ikatan jiwa.
Apa pun sebabnya, ini adalah masa di mana anda perlu menghubungi rakan akauntabiliti anda untuk bantuan, bimbingan, dan doa. Segala sesuatu dalam anda akan berkata, "Lepaskan tangan," tetapi entah sebab apa, anda tidak melepaskan tangan dan menunggu teman anda untuk berubah.
Akhirnya, ini akan menjadi satu kitaran berulang dalam hubungan anda dan akan menyakiti dan mencederakan anda secara berterusan. Anda memerlukan seseorang di sisi anda untuk membantu anda membuat keputusan yang sukar ini.
Anda mesti menyerahkan situasi ini kepada Allah dan mempercayai bahawa Dia akan memimpin anda dalam proses melepaskan tangan yang menyakitkan ini dan menyembuhkan hati terluka anda serta menghiburkan teman anda itu.
Perihal Pelan
![Dating In Black & White: Boundaries, Sex & Reality](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F12672%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Sudah jelak dengan bencana, kekecewaan, dan nahas berpacaran? Renungan lima hari ini akan terus kepada hal yang sebenar dan membentangkan rancangan praktikal yang akan membantu menggalakkan pengalaman berpacaran yang sihat dan menyeronokkan dengan berkongsi prinsip serta petua terbukti yang boleh diterapkan sepanjang perjalanan penerokaan hubungan.
More