Berpacaran Secara Hitam Putih: Batasan, Seks & RealitiSampel
Jangan Meninggalkan Pemecah Perjanjian Hubungan (Deal Breakers) Anda
Memanglah penting untuk menentukan pemecah perjanjian hubungan dalam hubungan berpacaran anda. Ini ditetapkan untuk menghalang anda daripada bergerak maju dalam hubungan anda jika terdapat isu yang akan membuat anda sengsara pada masa depan dan berpotensi merosakkan perkahwinan. Jugalah penting untuk mengetahui lingkungan atau isu yang boleh berkompromi tanpa menaruh rasa geram.
Banyak orang salah faham tentang apa itu pemecah perjanjian hubungan dan bagaimana pemecah perjanjian hubungan ini dimaksudkan untuk membantu anda dan bukannya mengapa-apakan anda. Pemecah perjanjian hubungan adalah sesuatu yang anda tentukan sebagai individu sebelum berhubungan dengan terlalu rapat dari segi emosi dengan seseorang yang berpacaran dengan anda, sebelum anda betul-betul jatuh cinta. Terlalu kerap, kita melibatkan diri dengan terlalu cepat sehinggakan terlupa untuk menumpukan perhatian pada tanda dan isu atau bendera merah yang berpotensi merosakkan hubungan anda. Atau lebih teruk lagi, kita melihatnya tetapi tidak mempedulikannya sama sekali.
Pemecah perjanjian hubungan adalah hitam putih; tidak meninggalkan ruang untuk kompromi. Ini adalah satu perkara (atau beberapa perkara) yang anda tidak benarkan dalam hubungan anda. Pemecah perjanjian hubungan boleh terdiri daripada hal rohani dan praktikal, dan mesti ditentukan semasa anda dalam keadaan serius, sebelum anda berhubungan dengan terlalu rapat dari segi emosi dengan orang lain.
Orang yang cenderung tidak mengendahkan pemecah perjanjian hubungan memiliki apa yang kita panggil "pembuta emosi." Mereka sanggup berkompromi dalam lingkungan yang berpotensi merosakkan sesuatu pada masa depan mereka. Ini jugalah satu sebab baik untuk memiliki rakan akauntabiliti semasa berpacaran; mereka tidak cenderung kepada pembuta emosi yang melanda anda.
Luangkan masa hari ini untuk menuliskan pemecah perjanjian hubungan anda supaya anda boleh menggunakannya sebagai rujukan dalam hubungan berpacaran anda. Memanglah penting untuk menentukan pemecah perjanjian hubungan anda, kerana pemecah perjanjian hubungan anda mempunyai ciri yang tersendiri.
Anda juga perlu mengetahui bahawa jika anda berhadapan dengan pemecah perjanjian hubungan, anda memiliki kekuatan untuk memutuskan hubungan itu dan tidak menerimanya. Jangan membenarkan rasa takut akan tidak dapat menemui teman lain membuat anda menerima teman yang salah.
Ya, itu mungkinlah pilihan yang merunsingkan dan sukar, tetapi anda akan menjadi lebih bahagia akhirnya apabila anda mempertahankan diri anda.
Jika anda masih bujang, luangkan masa pada waktu ini dan senaraikan perkara yang sangat penting kepada anda, yang anda tidak akan berkompromi dalam hubungan.
Jika anda sedang berpacaran, nilai hubungan anda dan pastikan anda tidak memberikan kelonggaran bagi sebarang pemecah perjanjian hubungan.
Perihal Pelan
Sudah jelak dengan bencana, kekecewaan, dan nahas berpacaran? Renungan lima hari ini akan terus kepada hal yang sebenar dan membentangkan rancangan praktikal yang akan membantu menggalakkan pengalaman berpacaran yang sihat dan menyeronokkan dengan berkongsi prinsip serta petua terbukti yang boleh diterapkan sepanjang perjalanan penerokaan hubungan.
More