Berpacaran Secara Hitam Putih: Batasan, Seks & RealitiSampel
Jangan Sekali-kali Berpacaran Bersendirian
Berpacaran mungkinlah sesuatu yang paling menarik dan menakutkan. Anda menghabiskan masa bersama seseorang yang anda suka dan seseorang yang, diharapkan, menyukai anda juga. Anda mula bercakap tentang masa depan dan tentang rasa serta rupa masa depan itu.
Berpacaran menyeronokkan, mengujakan, dan boleh menyebabkan angan-angan emosi selama beberapa hari. Masalahnya adalah apabila anda asyik dengan angan-angan emosi, anda tidak lagi melihat tanda amaran atau kebuntuan yang timbul dalam perjalanan berpacaran anda.
Rakan akauntabiliti yang baik boleh membantu anda melihat bahaya apabila anda benar-benar jatuh cinta dan tidak dapat melihatnya, dan mereka boleh melihat kebaikan apabila anda terlalu takut untuk mengakuinya. Apabila tiada akauntabiliti, wujudnya kemungkinan yang lebih tinggi untuk kegagalan hubungan yang boleh meninggalkan anda cedera dari segi emosi, hancur hati, dan patah semangat.
Akauntabiliti perlu ada, jika anda ingin berpacaran secara sihat. Sekarang, ingatlah keberkesanan ini bergantung kepada melakukan dua perkara dengan betul. Anda perlu #1 mencari rakan atau rakan-rakan akauntabiliti yang betul, dan #2 anda perlu selalu berterus terang dengan mereka. Jika anda berbohong kepada rakan akauntabiliti anda tentang hubungan anda, itu adalah tanda yang baik bahawa hubungan anda telah melampaui batas dalam beberapa lingkungan dan anda rasa anda perlu menyembunyikannya.
Memilih Rakan Akauntabiliti yang Baik
Memanglah penting bahawa anda memilih rakan akauntabiliti anda dengan bijak. Orang ini haruslah seseorang yang mempunyai kepercayaan yang sama dengan anda, mengasihi anda, dan inginkan hal yang terbaik untuk anda. Orang ini juga haruslah seseorang yang boleh berterus terang dengan anda. Orang ini haruslah seseorang yang anda boleh terima dan berserah, meskipun anda tidak suka apa yang dikatakan oleh mereka.
Rakan akauntabiliti anda haruslah seseorang yang boleh menjadi tempat mengadu apabila anda bergumul dalam hubungan anda, dan seseorang yang boleh membantu anda menempuh pergumulan tersebut.
Barangkali bukan idea yang baik jika rakan akauntabiliti anda adalah seseorang yang tidak mempunyai hubungan yang berjaya atau seseorang yang masih memikul bagasi hubungan lampau.
Contoh Rakan Akauntabiliti yang Baik
· Seseorang yang memiliki perkahwinan yang berjaya
· Seseorang yang komited untuk melihat kehendak Allah terlaksana dalam kehidupan anda
· Seseorang yang mengutamakan kepentingan anda
Untuk maklumat lanjut tentang Dating in Black & White
Perihal Pelan
Sudah jelak dengan bencana, kekecewaan, dan nahas berpacaran? Renungan lima hari ini akan terus kepada hal yang sebenar dan membentangkan rancangan praktikal yang akan membantu menggalakkan pengalaman berpacaran yang sihat dan menyeronokkan dengan berkongsi prinsip serta petua terbukti yang boleh diterapkan sepanjang perjalanan penerokaan hubungan.
More