Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada YesusSampel

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

HARI 7 DARIPADA 7

Demi penghormatan dan kemuliaan-Mu

Menyerahkan hidup kita kepada Yesus bukanlah sumpah kesempurnaan; ia merupakan pernyataan kesetiaan. Ia bukanlah satu ketika dalam kehidupan kita sahaja. Ia merupakan orientasi semula dan penjajaran hati kita untuk menyerahkan fikiran, emosi, dan kehendak kita setiap hari dengan rancangan dan tujuan-Nya untuk kita. Kehidupan adalah perjalanan dalam hubungan dengan Yesus, mengikut-Nya dalam setiap langkah. Kita mengalami kehidupan yang bebas dan berbuah dengan mengikuti-Nya hari demi hari.

Belajar mengikuti Yesus memerlukan usaha dan latihan, seperti mempelajari sesuatu yang baru. Memulakan setiap hari dengan doa penyerahan adalah cara yang baik untuk menyelaraskan hati dengan apa yang diingini Allah. Memanglah mudah sesat dalam perjalanan rohani kita—keliru tentang di mana kita atau bagaimana kembali ke jalan yang betul. Kita mungkin sesat atau terjerat kerana pelbagai sebab, dan kita memerlukan satu cara yang mudah untuk kembali ke jalan yang betul. Sesetengah orang menunggu itu untuk berlaku di kebaktian atau pengajian Alkitab yang seterusnya. Ada kalanya, ia berlaku kerana krisis. Namun, kita tidak perlu tunggu untuk menentukur semula perjalanan kita.

Ini adalah cara sehari-hari yang mudah untuk menjajarkan semula hati kita. Jika anda pernah bermain apa-apa sukan, anda tahu bahawa setiap sukan mempunyai kedudukan "bersedia" atau bermula. Ia adalah kedudukan bermula yang terbaik untuk melakukan langkah seterusnya. Contohnya, dalam bola keranjang, kedudukan bersedia dipanggil kedudukan tiga ancaman (triple threat position). Daripada cara berdiri itu, anda berupaya menghantar, menjaring, atau menggelecek bola yang diterima. Pendeknya, anda bersedia untuk apa jua tindakan seterusnya yang paling sesuai pada waktu itu.

Fikirlah tentang doa ini sebagai kedudukan bersedia untuk perjalanan harian anda. Ia adalah kedudukan penyerahan rohani terhadap apa tindakan pun—pergilah, lakukan, katakan, atau berilah—yang Yesus minta anda lakukan pada masa itu, bergantung pada kuasa Roh Kudus yang diam di dalam anda dan bukannya cuba lebih kuat dengan kekuatan sendiri. 

Doa ini merupakan cara mudah untuk menjajarkan hati anda dengan hati-Nya, memfokuskan mata anda pada-Nya, menetapkan kaki anda untuk mengikut-Nya, dan menyediakan tangan anda untuk melayani-Nya dalam apa cara pun yang dipimpin-Nya hari ini. 

Jika anda belum berbuat demikian, mahukah anda tunduk di hadapan Yesus, dan mengatakan bahawa anda akan menyerahkan diri kepada-Nya, dan dalam kuasa Roh Kudus anda akan pergi, melakukan, mengatakan, dan memberi demi penghormatan dan kemuliaan-Nya? 

Sekarang, jadikan ini amalan penyerahan harian kepada-Nya. Kongsikan keputusan anda dengan seorang kawan dan mendorongnya untuk melakukan perkara yang sama. 

Tahniah kerana melengkapkan perjalanan 7 hari ini untuk berserah kepada Yesus! Jika anda ingin menerokai lebih lanjut lagi tentang doa ini dan bagaimana anda boleh berjalan dalam penyerahan kepada Yesus, terdapat lebih banyak lagi fikiran dalam buku, "Go Do Say Give", yang boleh didapati di http://crustore.org/go-do-say-give.html atau layari blog saya di http://KeithBubalo.com

Hari 6

Perihal Pelan

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan yang besar sahaja, ataupun untuk orang yang sangat rohaniah? Ketakutan, kegagalan lalu, dan salah faham boleh menahan kita.  "Pergilah Lakukan Katakan Berilah" merupakan janji/doa yang memunggah cara mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan rohani anda. Alamilah kebebasan yang terhasil daripada mengikuti Yesus. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cru kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.cru.org/us/en/pledge.html