Pergilah Lakukan Katakan Berilah: Kebebasan Berserah Kepada YesusSampel

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

HARI 5 DARIPADA 7

Saya akan Mengatakan apa yang Engkau ingin saya Katakan

Smokey Bear mengingatkan kita selama lebih 70 tahun bahawa "hanya anda boleh mengelakkan kebakaran hutan." Satu percikan api yang kecil boleh memusnahkan keindahan hutan dan menghapuskan komuniti. Alkitab menggunakan perbendaharaan kata yang sama untuk menggambarkan kuasa pemusnahan kata-kata kita: "Demikian juga dengan lidah kita, meskipun kecil, tetapi dapat menyombongkan perkara-perkara yang besar. Bayangkan betapa luasnya hutan yang dapat dibakar oleh api yang sangat kecil!" (Yakobus 3:5)

Dengan potensi pemusnahan tersebut, dan juga potensi untuk kebaikan hasil daripada percakapan kita, adalah penting untuk mengatakan apa yang Yesus ingin kita katakan, dan bukan sahaja meniru nilai budaya kita. Dunia kita dipenuhi percakapan yang dicirikan oleh kebencian, kecemburuan, pengutukan dan kemarahan. Yesus memberikan satu prinsip bahawa "Orang mengucapkan apa yang terkandung di dalam hati." Kita tidak boleh mengelakkan kebenaran; percakapan kita akan mendedahkan apa yang terkandung jauh di lubuk hati kita. 

Bagaimanakah mengikuti Yesus mempengaruhi apa yang kita katakan setiap hari dan mengapa? Dia digambarkan sebagai "Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita" (Yohanes 1:14). Dialah komunikasi terutama Allah kepada ciptaan-Nya. Kita diberitahu bahawa "melalui Yesus Kristus, Allah menyatakan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada kita." Apabila Dia hidup melalui kita, kita dijangkakan untuk bercakap dengan kasih karunia dan kebenaran. Kehidupan Yesus bukan sahaja ditandakan oleh kata-kata penyayang dan ramah, malah oleh kata-kata jujur yang mencerminkan kebenaran tentang diri-Nya dan tentang dunia di sekeliling-Nya. 

Dalam Kisah Rasul-rasul 1:8, Yesus memberitahu murid-murid-Nya bahawa apabila Roh Kudus datang kepada mereka, mereka akan menerima kuasa untuk menjadi saksi-Nya. Apabila kita menyerah diri kepada kawalan-Nya, kita akan mendapati bahawa kita ingin memberitahu orang lain tentang Dia. Itu tidak bermakna kita mempunyai perangai yang menimbulkan rasa meluat atau meninggikan diri terhadap orang lain, seperti yang ditakuti sesetengah orang. Sebenarnya, hal yang bertentangan berlaku: kita akan berhati baik dan berbelas kasihan, memberitahu orang lain siapa Yesus dan apa perbezaan yang telah dibuat-Nya dalam kehidupan kita. 

Walau bagaimanapun, mengatakan apa yang Allah ingin kita katakan bukanlah tentang memberitahu orang lain tentang Yesus. Ia adalah menggunakan kata-kata kita untuk bercakap dengan orang lain dalam cara Yesus bercakap: mengungkapkan kebaikan dan pengampunan, dan mengesahkan orang lain kerana diri mereka yang sedia ada dan perkara yang mereka lakukan dengan baik. Dengan berbuat demikian, kita memberkati mereka dan mendorong mereka dalam perjalanan rohani mereka. 

Adakah perubahan diperlukan dalam cara anda bercakap dengan seseorang dalam kehidupan anda? Fikir tentang sekurang-kurangnya satu orang dan bagaimana anda akan bercakap dengan cara yang berbeza kepadanya apabila anda berinteraksi dengannya lagi.

 Adakah anda akan mengatakan apa yang Allah ingin anda katakan hari ini?

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Go Do Say Give: The Freedom Of Surrender To Jesus

Berserah kepada Yesus merupakan waktu yang menentukan kehidupan. Walau bagaimanapun, apakah makna keputusan ini dan bagaimanakah kita hidup dengan berserah kepada Yesus setiap hari? Adakah ini untuk keputusan kehidupan yang besar sahaja, ataupun untuk orang yang sangat rohaniah? Ketakutan, kegagalan lalu, dan salah faham boleh menahan kita.  "Pergilah Lakukan Katakan Berilah" merupakan janji/doa yang memunggah cara mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan rohani anda. Alamilah kebebasan yang terhasil daripada mengikuti Yesus. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cru kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.cru.org/us/en/pledge.html