Mengenal Suara Allah // Belajar Menemui DiaSampel
Imaginasi dan Lebih Dalam Lagi
Roh Kudus dalam kami, inilah yang kami dengar untuk anda:
Cara Aku mendekati kamu mungkin tidak perlahan. Mungkin tidak lembut—dan pastinya tidak menurut jangkaan kamu. Ada banyak lagi tentang diri-Ku yang ingin Aku tunjukkan kepada kamu. Ada suatu tempat, yang lebih mendalam, yang Aku ingin bawa kamu. Ada perkara yang Aku ingin tunjukkan kepada kamu—dan bukanlah mata kamu yang berupaya melihat apa yang Aku ingin kamu lihat. Di sinilah Aku menggunakan imaginasi kamu, jika kamu benarkan Aku untuk berbuat demikian.
Pertama, ingatlah bahawa Aku tidak mencipta kamu dalam terang. Jadi, bayangkan kegelapan. Kemudian, bayangkan cahaya . . . Kamu wujud sebelum Aku membentuk kamu dari segi fizikal. Apa yang Aku ingin tunjukkan kepada kamu wujud, meskipun sekarang—dan sentiasa—walaupun bentuknya tidak semestinya dalam dunia fizikal. Lingkungan fizikal dijadikan ketara bagi kamu melalui pengalaman kamu dengannya dalam fikiran kamu, hati kamu. Kamu boleh melihat, menghidu, merasa dan mengalami, dalam minda kamu, apa yang telah Aku berikan kepada kamu untuk dialami bersama dengan Aku. Apa yang kamu lihat, apa yang kamu alami bersama dengan Aku, akan menyatakan lebih banyak lagi tentang Aku.
Ya, kamu boleh baca tentang Aku. Ya, kamu boleh dengar suara Aku dalam hati kamu. Ya, kamu boleh berdoa dan mengikut serta memberikan respons terhadap kebijaksanaan yang Aku berikan kepada kamu, tetapi adakah kamu inginkan lebih banyak lagi? Adakah kamu ingin melihat apa yang belum dibayangkan lagi? Adakah kamu mahu Aku untuk mencurahkan diri-Ku dalam fikiran kamu supaya kamu mengalami apa yang belum dibayangkan lagi? Adakah kamu ingin Aku menolong kamu membayangkannya?
Sayang, tutup mata kamu. Biarlah Aku menenangkan kamu. Sekarang ini . . . lebih dalam lagi. Biarlah Aku membawa kamu ke lebih dalam lagi. Inilah tangan-Ku. Adakah kamu merasanya? Aku menolong kamu merasanya. Lihatlah, bukan dengan mata kamu. Lihatlah dengan hati kamu. Lihatlah dengan fikiran kamu. Hal yang masuk akal tidak perlu munasabah lagi. Aku ialah paradigma yang baru. Biarlah Aku memecahkan luas apa yang kamu percaya tentang Aku, apa yang kamu faham berkenaan Aku.
Kamu percaya Aku ini baik? Biarlah Aku tunjukkan caranya. Kamu percaya Aku ini berkuasa? Biarlah Aku tunjukkan serba sedikit tentang apa yang boleh Aku lakukan. Kamu percaya Aku menyertai kamu, bahawa Aku membawa penyembuhan, bahawa Aku memelihara bintang dan bulan serta lebih banyak alam semesta daripada yang dapat kamu hitung--bahawa Aku memelihara semuanya dalam tangan-Ku? Aku ingin membawa kamu untuk suatu pengembaraan, kamu dan Aku sahaja. Namun, kamu perlu mempercayai Aku—dan mengetepikan sebarang kesinisan dan skeptisisme untuk seketika. Tutuplah mata kamu . . Ataupun tidak . . . Aku boleh bekerja jika kamu membuka mata juga. . . Ayuh.
Latihan:
Kawan, anda dijemput sekarang ini untuk suatu pengembaraan.
Anda telah diajukan beberapa soalan:
Adakah anda inginkan Roh Kudus untuk mencurahkan diri-Nya dalam fikiran anda supaya anda boleh mengalami apa yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini? Adakah anda ingin Dia untuk menolong anda membayangkan apa yang tidak dapat dilihat oleh mata anda?
Untuk berbuat demikian, anda mesti rela membuka fikiran dan hati anda. Anda mesti rela membuka diri untuk melihat dan mendengar dan mengalami apa yang belum pernah dialami sebelum ini . . . Adakah anda rela membenarkan Roh Kudus untuk membuka fikiran anda kepada lebih banyak . . . lebih banyak kasih, lebih banyak ketakjuban, lebih banyak keindahan, lebih banyak sukacita, lebih banyak kedamaian, lebih banyak lagi?
Dia merancang lebih banyak lagi untuk setiap seorang daripada kita . . . lebih banyak untuk didengari, untuk dialami, untuk diketahui, untuk dikasihi. . . Dan kita dapat merasanya, memandang sekilas . . . kemuliaan-Nya, keindahan-Nya, kasih-Nya dalam hidup ini. Walau bagaimanapun, pengalaman kita adalah terbatas. Namun, Allah kita, dalam kuasa, kasih dan kekreatifan-Nya tidak terbatas. Dia ada di sini, menanya jika kita, sekarang ini, rela menyerahkan imaginasi kita kepada-Nya . . . sama ada kita, sekarang ini, ingin mengalami lebih banyak Dia dalam hidup kita, bermula hari ini, saat ini!
Roh Kudus, jadilah mata kami sekarang ini, Jadilah telinga kami. Jadilah deria bau, rasa, sentuhan kami. Kami inginkan lebih banyak diri-Mu. Kami inginkan Engkau untuk menghapuskan kepercayaan palsu tentang-Mu dalam fikiran kami, membetulkan sebarang salah tanggapan tentang siapa Engkau itu dan apa yang dapat Engkau lakukan. Kami ingin Engkau untuk membuka luas hati, fikiran dan imaginasi kami supaya kami boleh melihat-Mu, merasa-Mu, mengalami-Mu dengan mata hati kami yang boleh melakukan begitu banyak lagi dengan-Mu, berbanding melihat sahaja.
Bapa, bawalah kami lebih mendalami ketakjuban, keagungan dan keindahan. Biarlah kami mengalami kasih-Mu yang amat sangat. Pada waktu inilah kami berharap pada-Mu dengan penuh jangkaan dan keterujaan.
Kitab
Perihal Pelan
Suara Allah mungkin selembut bisikan atau sekencang hurikan. Kuncinya ialah mengenalnya, walau apa pun bentuknya—dan mempercayai bahawa Allah baik, bahawa Dia adalah lebih besar daripada apa-apa pergelutan kita. Mulakan pelan empat hari ini dan pelajari bagaimana menemui Dia, suara-Nya, kehadiran-Nya — dan sertai banyak lelaki dan perempuan untuk mengalami Rush | Holy Spirit in Modern Life.
More