Mengenal Suara Allah // Belajar Menemui DiaSampel
Perkara yang Susah
Roh Kudus dalam kami, inilah yang kami dengar untuk anda:
Hari ini mungkin seperti hari yang lain. Ya, Aku tahu. Kamu inginkan pertolongan mengubahnya? Ingin mengangkat tangan kamu, hati kamu, berserah, berputus asa dan memberitahu Aku bahawa kamu tidak dapat meneruskan hidup seperti ini? Ya, Aku tahu. Aku bersetuju. Kamu tidak harus teruskan seperti ini. Kamu tidak boleh teruskan tanpa Aku. Meskipun dengan harapan—atau kebebasan. Aku tahu itulah sebab kamu datang, sebab kamu bertabah, mendengar sekarang ini. Kamu penat bertindak sendiri. Pada umumnya, kamu letih dan kamu tertanya-tanya jika usaha kamu mendatangkan sebarang perbezaan yang baik.
Oh, anak, ingatlah, Aku baik. Aku baik.
Kamu boleh bergantung pada Aku. Aku akan menunjukkan kamu cara yang lain untuk memandang situasi kamu. Aku tidak bercakap tentang menutup perinciannya, menjadikan perkara yang tidak baik kelihatan baik dan tidak bermasalah. Wujudnya kejahatan dalam dunia ini. Iblis ada, musuh yang menghalang, mengganggu dan menjauhkan kamu daripada perkara yang baik. Ya, hidup ini memang susah. Sungguh sukar.
Tapi Aku baik. Aku baik. Aku baik.
Anak perempuan, anak lelaki, di tengah-tengah kehuru-haraan ini, dapatkah kamu mencari Aku? Keadaan mungkin tidak bertambah baik, tetapi pandangan kamu akan bertambah baik. Kamu mungkin masih rasa seksaan jiwa kamu akan meremukkan kamu, namun, itu tidak akan berlaku. Penderitaan kamu mungkin menguasai kamu, tetapi tidaklah begitu. Aku melindungi kamu. Betul. Sekarang ini. Aku melindungi kamu.
Jadi, apakah yang harus dilakukan tentang perkara yang susah ini? Apakah yang dapat dilakukan apabila masalah itu kelihatan terlalu besar dan hasilnya tidak dapat dikawal dan kamu tidak dapat melihat penghujung bencana hari ini? Apakah yang kamu lakukan? Pertama, biarlah Aku mendakap kamu. Pertama, biarlah Aku memberitahu kamu bahawa Aku menyertai kamu. Pertama, biarlah Aku memberitahu kamu bahawa Aku mengasihi kamu dan kasih-Ku terhadap kamu ialah kuasa yang melengkapkan kamu untuk berdiri.
Kamu boleh teruskan, anak-Ku yang berani. Kamu boleh terus mempercayai-Ku, dengan kesedaran bahawa masalah ini, penderitaan ini, perkara yang susah ini tidak menggentarkan Aku. Ada jalan penyelesaiannya. Peganglah tangan-Ku. Aku memegang dengan kuat. Kita boleh melalui api bersama-sama. Aku akan melindungi hati kamu, jika kamu ingin Aku untuk berbuat demikian. Aku akan sentiasa dekat dengan kamu, jika kamu inginkan kekuatan-Ku untuk memelihara kamu. Aku melindungi kamu dan Aku tidak akan meninggalkan kamu. Aku mencari kamu dan kamulah yang Aku kejar dan inginkan. Kamu dapat melakukan lebih daripada yang kamu impikan kerana Akulah yang mengimpikannya. Memanglah urusan Aku untuk mengabulkan impian-Ku—impian-Ku untuk kamu.
Latihan:
Bagaimanakah anda beralih ke kedudukan di mana hati anda mempercayai bahawa Allah, Bapa anda yang baik ialah Dia yang boleh dipercayai, walau apa pun yang berlaku—di sini, sekarang ini?
Bagaimanakah anda beralih ke kedudukan di mana hati anda mempercayai bahawa Yesus menyertai anda dalam api itu?
Bagaimanakah anda mula melihat bahawa Dia menyertai anda, tangan-Nya di bahu anda, tidak pernah meninggalkan sisi anda?
Luangkan masa untuk membayangkan di mana Yesus. Cubalah untuk melihat Dia. Merasakan kehadiran-Nya di tengah-tengah kesusahan anda. Bayangkan apa yang sedang dilakukan oleh Dia. Bayangkan respons Dia terhadap halangan itu, terhadap api itu.
Biarlah Dia memberikan anda gambaran yang baru, gambaran bagaimana Dia menyertai anda--pada setiap saat.
Biarlah Dia memberikan anda gambaran bagaimana Dialah perlindungan anda . . . Bagaimana Dia baik . . . Bagaimana ini tidaklah terlalu susah untuk diharungi.
Kitab
Perihal Pelan
Suara Allah mungkin selembut bisikan atau sekencang hurikan. Kuncinya ialah mengenalnya, walau apa pun bentuknya—dan mempercayai bahawa Allah baik, bahawa Dia adalah lebih besar daripada apa-apa pergelutan kita. Mulakan pelan empat hari ini dan pelajari bagaimana menemui Dia, suara-Nya, kehadiran-Nya — dan sertai banyak lelaki dan perempuan untuk mengalami Rush | Holy Spirit in Modern Life.
More