Mengenal Suara Allah // Belajar Menemui DiaSampel

Recognizing God's Voice // Learn to Encounter Him

HARI 2 DARIPADA 4

Bagaimana Angin Bergerak (dan Membawa Kedamaian)

Roh Kudus dalam kami, inilah yang kami dengar untuk anda:

Kamu sudah lama mendengar suara-Ku. Kamu mengenal Aku sebelum kamu menyedari itu ialah Aku. Suara penghiburan semasa kamu takut, suara keyakinan semasa kamu bimbang. Penawar untuk luka, kata-kata yang bukan kata-kata—suara kehadiran, suara yang merupakan sebahagian daripada kamu. Bagaimana mungkin kamu tidak memberikan respons terhadap angin yang bertiup ke muka kamu? Bagaimana mungkin kamu tidak merasai nafas kasih pada kulit kamu?

Akulah suara orang yang berdiam, suara orang yang bernyanyi. Akulah suara ketenangan dan suara ribut. Aku mengangkat orang yang penat, dan Aku memelihara orang yang bergerak maju, berjalan, memandang wajah-Ku. Mereka membuka tangan semasa berjalan. Mereka boleh mendaki, dan terus berdiri. 

Hidup ini bukanlah hidup yang membawa kemusnahan hati kamu. Tidak, itu mustahil. Perkara yang membawa kesakitan, tangisan, kemusnahan, ialah kegelapan yang menyebarkan kekucar-kaciran dan kedamaian belum lagi datang. Anak-Ku membawa kedamaian. Angin melindungi tanah. Kedamaian melibatkan lebih daripada keberanian, lebih daripada keyakinan, lebih daripada kerja keras. Angin—apa yang kamu rasa dan ikut, membawa ramuan untuk kedamaian. Anak lelaki, anak perempuan, kamu mengenal Aku. Kamu boleh membawa kedamaian—kepada diri sendiri, kepada orang lain, kepada dunia kamu—kerana kamu boleh memberikan respons terhadap hal yang lebih benar daripada apa-apa yang dapat dilihat.

Kamu merasai angin. Kamu merasai roh-Ku bernafas dalam kamu. Kamu mendengar-dengarkannya, menyedari bahawa Dia ialah penolong, pemimpin segala sesuatu. Aku ingin menolong kamu agar lebih mengenal Aku sekarang ini. Aku ingin menambahkan keinginan kamu untuk lebih mengenal Aku. Tapi, Aku membiarkan kamu untuk membuat keputusan itu. Aku membenarkan kamu untuk berfikir sama ada kamu ingin menyelami kasih kamu terhadap Aku. Angin ini bergerak, tetapi tidak meninggalkan kamu. Angin ini mengangkat kamu dan membawa kamu, jika kamu membenarkannya.

Maka, ada kerja untuk kamu. Ada pilihan untuk berjalan ke depan, menyelami tempat yang Aku boleh menunjukkan siapa Aku ini. Kita berdua, dapatkah kamu melihatnya? Kamu ada di sini, bersama dengan Aku, jiwa kamu hidup dalam Roh-Ku dalam kamu. Kamu bertumbuh, menambahkan kasih, kepercayaan dan dan pergantungan kamu pada Aku. Setiap pilihan untuk mendengar-Ku. Setiap pilihan untuk mencapai-Ku. Setiap penyerahan dengan tangan terbuka dan hati terbuka dan berjalan, ya berjalan. Kamu mendaki, berjalan, berserah dan merasa angin pada muka kamu dan angin itu membisik kepada jiwa kamu. 

Kamu mengenal Aku. Kamu mengenal Aku. Aku mahu kamu untuk lebih mengenali-Ku. 

Latihan:

Kita inginkan kedamaian, bukan?  

Kedamaian kelihatan jarang ditemui sekarang, dalam kehidupan kita yang sibuk, dengan rentak dunia kita.

Namun, berkenaan kedamaian . . . kita tidak mencari dan memperolehnya sendiri. Kita tidak dapat berusaha dan mencapai kedamaian dengan usaha diri. Bukan kedamaian yang kita perlukan. Bukan kedamaian sebenar . . . dalam hati kita. Cara ini tidak berhasil, walau apa pun yang terkandung dalam buku bantu diri.

Oleh itu, marilah kita menggerakkan budaya saingan dan mencuba jalan lain.

Marilah . . . daripada mencari kedamaian semata-mata . . .carilah Allah. Marilah kita belajar menerima lebih banyak Allah, supaya kedamaian-Nya menjadi kedamaian kita . . . di tengah-tengah kesibukan kita.

Marilah kita menumpukan perhatian pada merasai dan menyedari pergerakan Roh Kudus melalui kita hari ini, nafas Allah dalam kita.

Maka, kita mempunyai pilihan. Anda mempunyai pilihan.

Berjalan ke depan. Ataupun, tidak bergerak. Menyelami. Ataupun, tinggal di tempat yang selamat.

Atau, anda membuat pilihan untuk berusaha untuk tetap berkuasa.

Pada setiap saat, anda membuat pilihan . . . untuk hadir bersama dengan Dia, dengan diri, ataupun tidak.

Bersenyap seketika, dan mengarahkan hati dan fikiran anda kepada Allah. Cara Dia berbicara kepada anda sekarang ini mungkin berbeza daripada jangkaan anda . . . Dia penuh kejutan, dan ini, seperti biasa, cumalah permulaannya. . . 

“Angin mengangkat dan membawa anda, jika anda membenarkannya.”

Yesus, datanglah . . .

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Recognizing God's Voice // Learn to Encounter Him

Suara Allah mungkin selembut bisikan atau sekencang hurikan. Kuncinya ialah mengenalnya, walau apa pun bentuknya—dan mempercayai bahawa Allah baik, bahawa Dia adalah lebih besar daripada apa-apa pergelutan kita. Mulakan pelan empat hari ini dan pelajari bagaimana menemui Dia, suara-Nya, kehadiran-Nya — dan sertai banyak lelaki dan perempuan untuk mengalami Rush | Holy Spirit in Modern Life.

More

Kami bersyukur kepada Gather Ministries (Loop/Wire) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://rushpodcast.com