Rancangan Allah Bagi Kehidupan AndaSampel

God’s Plan For Your Life

HARI 5 DARIPADA 6

Apakah yang akan berlaku apabila kita tidak melihat rancangan Allah? 

Dalam Perjanjian Lama, Yeremia merupakan seorang nabi yang mengkhabarkan mesej daripada Allah kepada umat-Nya yang telah dibuang ke Babilonia. Sudah tentu ini bukan tempat yang mereka mahu pergi. Ini bukan apa yang telah dirancang. Allah tidak terus meyelamatkan mereka, sebaliknya Dia memberitahu mereka untuk "menetaplah di situ. Dirikanlah rumah kamu" (Yeremia 29:5) dan "bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu." (Yeremia 29:7)

Beberapa ayat selepas itu, Allah berfirman, "Apabila genap masa tujuh puluh tahun bagi Babilonia, Aku akan … menepati janji-Ku untuk membawa kamu pulang." Yeremia 29:10 (penegasan ditambahkan) 

Tujuh puluh tahun! Kebanyakan daripada kita tidak cukup sabar untuk menunggu sesuatu selama 70 saat, apatah lagi 70 tahun. 

Semua ini adalah konteks untuk ayat seterusnya yang besar kemungkinan pernah anda dengar: “Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan." Yeremia 29:11

Berikut adalah tiga perkara tentang rancangan Allah yang anda harus tahu:

1.) Rancangan yang baik mengambil masa. Allah memberitahu orang Israel bahawa mereka akan ditawan selama 70 tahun. Banyak orang yang mendengar masej itu tidak akan melihat penggenapan janji Allah. Ada kalanya, anda rasa Allah mengambil selama-lamanya untuk mendedahkan rancangan-Nya kepada anda. Hakikatnya anda mungkin tidak melihat keseluruhan rancangan Allah untuk hidup anda—anda mungkin mempengaruhi generasi akan datang tanpa disedari!

2.) Musim penantian tidak sia-sia. Perhatikan bahawa Allah tidak memberitahu orang Israel untuk menunggu tanpa melakukan apa-apa selama 70 tahun. Dia memberitahu mereka untuk berkerja demi kemakmuran dan kepentingan kota Dia menghantar mereka. Di mana jua anda berada sekarang, Allah boleh menggunakan anda! Jangan terlepas peluang untuk melakukan sesuatu demi Kerajaan sekarang dengan menantikan musim yang belum dihantar oleh Allah lagi.

3.) Rancangan-Nya adalah baik. Apa jua musim yang anda hadapi sekarang, janji Yeremia 29:11 masihlah benar: Allah memang mempunyai rancangan yang baik untuk anda—rancangan untuk masa depan dan harapan. Pada masa ini, ia mungkin kelihatan seolah-olah segala sesuatu tidak berhasil, tetapi, jika anda terus mempercayai Allah dengan masa depan anda, anda akan melihat penggenapan janji-Nya. 

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

God’s Plan For Your Life

Apakah rancangan Allah bagi kehidupan anda? Ini adalah salah satu soalan kita yang paling biasa sebagai pengikut Kristus. Namun, jika kita berterus terang, idea rancangan Allah bagi kehidupan kita agak menenggelamkan. Sepanjang Pelan Alkitab 6 hari ini, kita akan mempelajari bahawa rancangan Allah tidak serumit yang kita kerap fikirkan, tetapi ia adalah jauh lebih baik daripada yang kita dapat bayangkan. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Switch, satu pelayanan Life.Church, kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church