Rancangan Allah Bagi Kehidupan AndaSampel
Rancangan Allah bagi kehidupan anda lebih tentang siapa anda daripada apa yang anda lakukan.
Apakah yang harus saya lakukan?
Anda mungkin kerap menanya soalan itu, terutamanya jika anda berhadapan dengan keputusan kehidupan yang besar, seperti mempertimbangkan pilihan kolej atau kerjaya.
Ia serupa dengan soalan yang diajukan oleh seorang pemimpin agama kepada Yesus dalam Alkitab: "Guru, hukum manakah yang terutama dalam hukum Taurat?" (Matius 22:36, TB) Dengan kata lain: apakah yang harus saya lakukan?
Dalam ayat berikutnya, kita melihat jawapan Yesus: "'Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.' Itulah hukum yang terutama dan yang pertama. Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: 'Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.'" (Matius 22:36 TB, penegasan ditambahkan)
Apabila kita cuba mengenal pasti rancangan Allah bagi kehidupan kita, kita boleh mulakan dengan dua perkara yang Yesus minta kita untuk lakukan:
1.) Kasihi Allah.
2.) Kasihi orang lain.
Anda mungkin berfikir, itu kedengaran baik, tetapi bagaimanakah saya tahu kolej manakah atau kerjaya apakah yang harus dipilih?
Itu adalah soalan yang baik. Inilah berita baiknya: Jika anda mengikuti Yesus dan mengelilingi diri dengan orang saleh, Roh Kudus akan membimbing keputusan anda.
Anda mungkin berbelah bagi antara dua kolej yang sama baik, dan anda tertanya-tanya kolej yang manakah Allah ingin anda pergi. Marilah lihat semula apa yang dikatakan Yesus sebelum ini tentang dua perintah yang terutama: mengasihi Allah dan mengasihi orang lain. Bolehkah anda mengasihi Allah dan mengasihi orang lain di kedua-dua buah kolej itu? Jika jawapannya ialah ya, tidak menjadi hal sama ada anda memilih kolej yang pertama atau yang kedua. Allah boleh mengguna anda di kedua-dua kolej tersebut.
Berkenaan keputusan masa depan kita, Allah tidak sentiasa memberi kita jawapan "ya" atau "tidak". Itu mungkin mengelirukan tetapi ada kebebasan yang besar apabila anda menyedari bahawa rancangan Allah bagi kehidupan anda adalah lebih tentang siapa yang anda jadi daripada apa yang anda lakukan.
Adakah itu bermaksud kita harus membuat semua keputusan kita dan hidup sesuka hati? Sudah tentu tidak! Kita mungkin tidak selalu mengetahui kehendak Allah, tetapi kita boleh sentiasa berjalan mengikuti Allah. Apakah maksud itu? Maksudnya, walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya dalam kehidupan kita, kita boleh terus mentaati panggilan Allah terhadap kita sekarang ini. Itu bermaksud mengikut-Nya, menjalani kehidupan berintegriti, mentaati dan menghormati ibu bapa dan pemimpin kita, dan mengasihi setiap orang yang ditempatkan Allah dalam kehidupan kita.
Inilah bahagian yang terbaik: Apabila kita mengikuti Yesus, Dia memberikan kita kebijaksanaan melalui Roh Kudus-Nya. (1 Korintus 2:12-13) Dia membaharui fikiran kita (Roma 12:2) dan membantu kita menumpukan perhatian pada perkara yang betul. Apabila kita mengelilingi diri dengan orang yang bijak (Amsal 13:20), mereka akan membantu kita untuk membuat keputusan yang tepat, juga. Salah satu cara terbaik di mana kita dapat mencari kebijaksanaan adalah melalui doa. Sebenarnya, Yakobus 1:5 mengatakan jika kita meminta kebijaksanaan daripada Allah, Dia akan memberikannya kepada kita!
Perihal Pelan
Apakah rancangan Allah bagi kehidupan anda? Ini adalah salah satu soalan kita yang paling biasa sebagai pengikut Kristus. Namun, jika kita berterus terang, idea rancangan Allah bagi kehidupan kita agak menenggelamkan. Sepanjang Pelan Alkitab 6 hari ini, kita akan mempelajari bahawa rancangan Allah tidak serumit yang kita kerap fikirkan, tetapi ia adalah jauh lebih baik daripada yang kita dapat bayangkan.
More