Rancangan Allah Bagi Kehidupan AndaSampel

God’s Plan For Your Life

HARI 3 DARIPADA 6

Bagaimanakah anda mendapat tahu tentang rancangan Allah bagi hidup anda? 

Sekiranya anda pernah berlumba lari, anda pasti tahu kepentingan mengekalkan kelajuan anda. Sekiranya anda berlari terlalu perlahan, anda akan ketinggalan dan orang lain akan memotong anda. Akan tetapi, sekiranya anda berlari terlalu pantas, anda mungkin cepat letih dan tidak bertenaga untuk menamatkan perlumbaan. 

Menemukan kelajuan yang betul semasa perlumbaan adalah sesuatu yang mencabar. Mujurnya, berkenaan kehidupan Kristian kita, kita ada seseorang yang menetapkan kelajuan bagi kita. 

Galatia 5:25 menyatakan bahawa kita harus "hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh." 

Jika kita sepatutnya dipimpin oleh Roh, itu bermaksud bahawa Roh Kudus menetapkan kelajuan bagi kita. Kita tidak harus ketinggalan atau lari menyaingi-Nya—kita sepatutnya dipimpin-Nya.

Apabila kita dipimpin oleh Roh, Dia memberikan kita kebijaksanaan dan kearifan untuk membimbing keputusan kita. Amsal 3:6 menyatkaan bahawa apabila kita berserah kepada-Nya, Dia akan meluruskan jalan kita.

Okey, itu kedengaran baik menurut teori. Walau bagaimanapun, bagaimanakah kita betul-betul dipimpin oleh Roh?

Berikut adalah tiga cara bermula:

1.) Mencari Allah melalui Firman-Nya. Disebabkan anda membaca Pelan Alkitab anda dalam Aplikasi Alkitab ini, jelasnya anda sedang melakukan ini! Jadikannya satu tabiat untuk membaca Firman Allah setiap hari. Terdapat banyak Pelan Alkitab yang berbeza yang boleh anda mulakan, dan jika anda perlukan akauntabiliti, anda boleh memulakan pelan itu dengan kumpulan kecil anda!

2.) Berdoa secara tetap. Jangan biarkan idea berdoa menakuti anda. Berdoa cumalah bercakap dengan Allah, kemudian mendengar-Nya. Sekiranya perhatian anda mudah dialihkan (seperti kita semua), adalah beguna untuk membuka aplikasi Nota pada telefon anda untuk mencatatkan perkara yang ingin didoakan. 

3.) Kekal dalam komuniti. Dipimpin oleh Roh bermaksud bergaul dengan pengikut Kristus yang sehaluan. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah kekal konsisten dengan kumpulan kecil anda dan menghadiri gereja dengan tetap. Lebih baik lagi: mula melayan di gereja. Anda akan bertemu dengan orang yang baru dan membina persahabatan yang lebih rapat dengan orang Kristian yang lain. 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

God’s Plan For Your Life

Apakah rancangan Allah bagi kehidupan anda? Ini adalah salah satu soalan kita yang paling biasa sebagai pengikut Kristus. Namun, jika kita berterus terang, idea rancangan Allah bagi kehidupan kita agak menenggelamkan. Sepanjang Pelan Alkitab 6 hari ini, kita akan mempelajari bahawa rancangan Allah tidak serumit yang kita kerap fikirkan, tetapi ia adalah jauh lebih baik daripada yang kita dapat bayangkan. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Switch, satu pelayanan Life.Church, kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.life.church