WAHYU 15:1-8

WAHYU 15:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

Kemudian aku nampak di langit sesuatu yang ajaib, luar biasa, dan menghairankan. Ada tujuh malaikat yang bertugas mendatangkan tujuh bencana terakhir ke atas bumi. Dengan ketujuh-tujuh bencana itu hukuman Allah akan berakhir. Kemudian aku nampak sesuatu yang kelihatannya seperti lautan kaca bercampur api. Aku juga melihat semua orang yang telah mengalahkan binatang itu dan patungnya, serta mengalahkan orang yang namanya dilambangkan oleh nombor. Semua orang itu berdiri di tepi lautan kaca sambil memegang kecapi yang diberikan oleh Allah. Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, “Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan! Raja semua bangsa, alangkah adil dan benar tindakan-Mu! Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, ya Tuhan? Siapakah yang tidak mahu mengisytiharkan keagungan-Mu? Hanya Engkau yang suci. Semua bangsa akan datang menyembah Engkau, kerana tindakan-Mu yang adil dilihat oleh semua orang.” Setelah itu aku melihat Rumah Tuhan di syurga terbuka dan Khemah Tuhan ada di dalamnya. Tujuh malaikat yang bertugas mendatangkan tujuh bencana ke atas bumi, keluar dari Rumah Tuhan. Mereka mengenakan pakaian daripada kain linen yang bersih dan berkilauan. Dada mereka dililiti pengikat daripada emas. Kemudian salah satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh buah mangkuk emas yang penuh dengan kemurkaan Allah, iaitu Allah yang hidup selama-lamanya. Rumah Allah dipenuhi oleh asap daripada kemuliaan dan kekuasaan Allah. Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam Rumah Allah sehingga tujuh bencana yang didatangkan oleh tujuh malaikat itu berakhir.

WAHYU 15:1-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

BŬRMULA maka kulihat pula suatu alamat lain yang bŭsar, dan ajaib dilangit, iya itu tujoh orang mŭliekat yang ada tujoh bala yang akhir itu; kŭrna dalamnya itulah pŭnoh morka Allah. Maka kulihat pula sa’olah olah spŭrti laut kacha yang bŭrchampor dŭngan api; dan marika itulah yang mŭndapat kamŭnangan atas binatang itu, dan atas gambarnya, dan atas tandahnya, dan atas bilangan namanya; tŭrdirilah diatas laut kacha itu, sŭrta dŭngan kŭchapi Allah. Maka marika itupun mŭnyanyilah shayer Musa hamba Allah itu, dan shayer anak Domba itu, katanya, Bŭsarlah dan ajaiblah sagala pŭrbuatanmu itu, Tuhan Allah yang maha kwasa; adil dan bŭnarlah jalanmu, raja orang orang salih; Siapakah yang tiada takot akan dikau, dan mŭmuliakan namamu, Ya Tuhan, kŭrna hanya angkaulah juga yang suchi: maka sagala bangsa itu kŭlak akan datang mŭnyŭmbah kahalratmu; kŭrna hukum hukummu tŭlah nyatalah. Kumdian deripada itu, kulihat, hieran, tŭrbukalah kaabah khemah kasaksian dalam shorga: Maka tujoh orang mŭliekat yang ada tujoh bala itu, kluarlah deri dalam kaabah, dŭngan mŭmakie pakiean suchi dan putih, dan dadanya bŭrbarut dŭngan chindie yang kaamasan. Maka sa’ekor deripada kaampat binatang itu mŭmbrilah kapada tujoh mŭliekat itu tujoh piala yang kaamasan yang pŭnoh dŭngan morka Allah, yang hidop slama lamanya. Maka kaabah itupun punohlah dŭngan asap deripada kamuliaan Allah, dan kwasa; maka sa’orang deripada juapun tiada dapat masok kadalam kaabahnya itu, sampielah sudah tujoh bala yang deripada tujoh mŭliekat itu digŭnapi.