Wahyu 15
15
Nyanyian mereka yang menang
1Aku melihat pula di langit suatu tanda lagi, yang besar dan ajaib, iaitu tujuh malaikat membawa tujuh wabak terakhir, maka dengannya selesailah kemurkaan Allah. 2Kulihat seakan-akan lautan kaca bercampur api. Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri di atas laut kaca itu memegang kecapi Allah. 3#Kel 15:1.Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba:
“Agung dan ajaib pekerjaan-Mu,
Tuhan, Allah Maha Kuasa!
Benar dan adil setiap jalan-Mu,
Ya Raja segala bangsa!
4 # Yer 10:7. Mzm 86:9. Siapakah yang tidak takut kepada-Mu,
Ya Tuhan, dan memuliakan nama-Mu?
Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci.
Semua bangsa akan datang
dan sujud menyembah-Mu,
kerana penghakiman-Mu telah ternyata.”
5 # Kel 38:21. Setelah itu, aku melihat pula dan ternampak Bait Suci di dalam khemah kesaksian di syurga terbuka. 6Dari Bait Suci itu keluarlah tujuh malaikat yang membawa tujuh wabak itu, berpakaian linen yang bersih dan berseri-seri, dada mereka dililiti pending emas. 7Kemudian satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang dipenuhi kemurkaan Allah yang hidup selama-lamanya. 8#Kel 40:34; 1Raj 8:10,11; 2Taw 5:13,14; Yes 6:4.Bait Suci dipenuhi asap daripada kemuliaan Allah dan kuasa-Nya dan tiada siapa dapat memasukinya hingga tujuh wabak yang dibawa oleh tujuh malaikat itu selesai.
Terpilih Sekarang Ini:
Wahyu 15: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited