WAHYU 15

15
Malaikat dengan Bencana Terakhir
1Kemudian aku nampak di langit sesuatu yang ajaib, luar biasa, dan menghairankan. Ada tujuh malaikat yang bertugas mendatangkan tujuh bencana terakhir ke atas bumi. Dengan ketujuh-tujuh bencana itu hukuman Allah akan berakhir.
2Kemudian aku nampak sesuatu yang kelihatannya seperti lautan kaca bercampur api. Aku juga melihat semua orang yang telah mengalahkan binatang itu dan patungnya, serta mengalahkan orang yang namanya dilambangkan oleh nombor. Semua orang itu berdiri di tepi lautan kaca sambil memegang kecapi yang diberikan oleh Allah. 3 Mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba,
“Tuhan, Allah Yang Maha Kuasa,
perbuatan-Mu sungguh agung dan menakjubkan!
Raja semua bangsa,
alangkah adil dan benar tindakan-Mu!
4 Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, ya Tuhan?
Siapakah yang tidak mahu mengisytiharkan keagungan-Mu?
Hanya Engkau yang suci.
Semua bangsa akan datang menyembah Engkau,
kerana tindakan-Mu yang adil
dilihat oleh semua orang.”
5 Setelah itu aku melihat Rumah Tuhan di syurga terbuka dan Khemah Tuhan ada di dalamnya. 6Tujuh malaikat yang bertugas mendatangkan tujuh bencana ke atas bumi, keluar dari Rumah Tuhan. Mereka mengenakan pakaian daripada kain linen yang bersih dan berkilauan. Dada mereka dililiti pengikat daripada emas. 7Kemudian salah satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh buah mangkuk emas yang penuh dengan kemurkaan Allah, iaitu Allah yang hidup selama-lamanya. 8 Rumah Allah dipenuhi oleh asap daripada kemuliaan dan kekuasaan Allah. Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam Rumah Allah sehingga tujuh bencana yang didatangkan oleh tujuh malaikat itu berakhir.

Terpilih Sekarang Ini:

WAHYU 15: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami