FILEMON 1:1-7
FILEMON 1:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Surat ini daripada Paulus, yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius. Surat ini ditujukan kepada Filemon, sahabat dan rakan kami, dan kepada jemaah yang berkumpul di rumahmu, serta kepada saudara kita Apfia, dan rakan seperjuangan kita Arkhipus. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Saudaraku Filemon, setiap kali aku berdoa, aku menyebut namamu dan bersyukur kepada Allahku. Aku berbuat demikian kerana aku diberitahukan bahawa kamu mengasihi semua umat Allah, dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan Yesus. Aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan mendatangkan pengertian yang lebih mendalam tentang setiap berkat yang kita miliki kerana hidup bersatu dengan Kristus. Saudaraku Filemon, kasihmu bagi umat Allah sudah menggembirakan dan menggalakkan aku! Kamu menggembirakan hati semua umat Allah.
FILEMON 1:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA Paulus sa’orang yang tŭrblunggu kŭrna Isa Almasih, sŭrta Timothius saudara kami, iya itu datang kapada Philemon kŭkasih kami, yang sama pŭkŭrjaan dŭngan kami, Dan kapada Aphia kŭkasih kami, dan kapada Arkipus yang sama sa’kawan sŭldadu, dan kapada sidang jŭmaah yang dalam rumahnya. Maka biarlah kiranya anugrah padamu, dan sŭjahtra deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih. Bahwa aku mŭmbri shukor kapada Allahku, sŭrta kusŭbut sŭbutkan kamu slalu dalam sagala doaku. Sŭbab aku tŭlah mŭnŭngar kasihmu dan imanmu, yang kamu mŭnaroh akan Tuhan Isa, dan kapada sagala orang salih. Supaya kluasaan imanmu itu kŭlak mŭnjadi pun guna, ulih diakui orang, tiap tiap pŭrkara yang baik baik ada dalammu bagie Isa Almasih. Kŭrna adalah kami mŭndapat kasukaan yang amat, sŭrta pŭnghiburan deri kŭrna kasihmu, sŭbab hati orang salih itu sŭgarlah ulih sŭbab angkau, saudara.
FILEMON 1:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Paulus yang dipenjarakan kerana Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius, Kepada Filemon, sahabat kami dan teman sekerja yang dikasihi, kepada saudari kita Apfia, dan kepada rakan seperjuangan kita Arkhipus, serta kepada jemaah yang berhimpun di rumahmu: Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus menganugerahimu kasih kurnia dan damai sejahtera. Saudaraku Filemon, aku sentiasa bersyukur kepada Allahku dan menyebut namamu dalam doaku, kerana aku mendengar tentang imanmu kepada Tuhan Yesus, dan kasihmu terhadap semua orang salih. Aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang beriman kepada Kristus akan membawa pengertian yang lebih mendalam tentang segala yang baik yang kita miliki dalam Kristus. Saudaraku Filemon, kasihmu sungguh menggembirakan dan menggalakkan hatiku kerana kamu telah menyegarkan hati sekalian orang salih.