Surat ini daripada Paulus, yang dipenjarakan kerana mengabdikan diri kepada Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius. Surat ini ditujukan kepada Filemon, sahabat dan rakan kami, dan kepada jemaah yang berkumpul di rumahmu, serta kepada saudara kita Apfia, dan rakan seperjuangan kita Arkhipus. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Saudaraku Filemon, setiap kali aku berdoa, aku menyebut namamu dan bersyukur kepada Allahku. Aku berbuat demikian kerana aku diberitahukan bahawa kamu mengasihi semua umat Allah, dan sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan Yesus. Aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan mendatangkan pengertian yang lebih mendalam tentang setiap berkat yang kita miliki kerana hidup bersatu dengan Kristus. Saudaraku Filemon, kasihmu bagi umat Allah sudah menggembirakan dan menggalakkan aku! Kamu menggembirakan hati semua umat Allah.
Baca FILEMON 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: FILEMON 1:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video