Philemon 1

1
FATSAL I.
1BAHWA Paulus sa’orang yang tŭrblunggu kŭrna Isa Almasih, sŭrta Timothius saudara kami, iya itu datang kapada Philemon kŭkasih kami, yang sama pŭkŭrjaan dŭngan kami,
2Dan kapada Aphia kŭkasih kami, dan kapada Arkipus yang sama sa’kawan sŭldadu, dan kapada sidang jŭmaah yang dalam rumahnya.
3Maka biarlah kiranya anugrah padamu, dan sĹ­jahtra deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.
4Bahwa aku mĹ­mbri shukor kapada Allahku, sĹ­rta kusĹ­but sĹ­butkan kamu slalu dalam sagala doaku.
5SĹ­bab aku tĹ­lah mĹ­nĹ­ngar kasihmu dan imanmu, yang kamu mĹ­naroh akan Tuhan Isa, dan kapada sagala orang salih.
6Supaya kluasaan imanmu itu kĹ­lak mĹ­njadi pun guna, ulih diakui orang, tiap tiap pĹ­rkara yang baik baik ada dalammu bagie Isa Almasih.
7KĹ­rna adalah kami mĹ­ndapat kasukaan yang amat, sĹ­rta pĹ­nghiburan deri kĹ­rna kasihmu, sĹ­bab hati orang salih itu sĹ­garlah ulih sĹ­bab angkau, saudara.
8Maka sĹ­bab itu sungguh pun aku bulih jadi lebih brani dalam Almasih akan amanatkan kapada angkau deri hal pĹ­rkara yang bĹ­rguna itu;
9Akan tŭtapi ulih sŭbab kasih, tŭrlebih baik aku minta padamu, sŭbab angkau bagie aku juga Paulus sa’orang tua, danlagi sa’orang yang tŭrbŭlunggu kŭrna Isa Almasih.
10Maka kupinta kapadamu deri kĹ­rna Onesimus, anakku yang tĹ­lah kupranakkan dalam blungguku,
11Yang pada masa tĹ­lah lalu itu tiada bĹ­rguna padamu, akan tĹ­tapi skarang bĹ­rgunalah iya padamu dan padaku.
12Iya tĹ­lah kusurohkan pulang pula, maka sĹ­bab itu handaklah kiranya angkau mĹ­nĹ­rima akan dia, iya itu buah hatiku sĹ­ndiri,
13Yang handak kumĹ­nahankan sĹ­rtaku, supaya iya akan bĹ­rkhodmat kapadaku gantimu, didalam blungguku deri kĹ­rna Injil.
14Akan tĹ­tapi dĹ­ngan tiada kĹ­tahuimu, tiadalah aku mahu bĹ­rbuat barang suatu, supaya kĹ­bajikanmu itu jangan jadi dĹ­ngan paksa, mĹ­lainkan dĹ­ngan kĹ­relaan.
15KĹ­rna barang kali sĹ­bab itulah iya tĹ­lah bĹ­rchĹ­rie deripadamu sĹ­bĹ­ntar sahja lamanya, supaya angkau bulih mĹ­naroh dia kĹ­kal.
16Maka bukannya skarang spŭrti sa’orang hamba, mŭlainkan tŭrlebih deripada hamba, iya itu sa’orang saudara yang kŭkasih, istimewa bagieku, tŭtapi brapa lagi kŭlak bagiemu, baik dalam daging dan darah, baik dalam Tuhan.
17Maka sŭbab itu jikalau kiranya angkau mŭmbilangkan aku ini sa’orang taulan, trimalah akan dia itu spŭrti aku sŭndiri.
18Maka jikalau ada salahnya, atau hutang apa apa padamu, masokkanlah itu dalam kira kiraku.
19Bahwa aku ini Paulus tĹ­lah mĹ­nulis itu dĹ­ngan tanganku sĹ­ndiri, maka aku akan mĹ­mbayar itu: sungguh pun aku tiada mĹ­ngatakan padamu bĹ­tapa angkau ada bĹ­rhutang padaku, iya itupun dirimu sĹ­ndiri.
20Bahkan saudara, biarlah aku ini bĹ­rulih kasukaan deripadamu bagie Tuhan: sĹ­garkanlah hatiku bagie Tuhan.
21SĹ­bab pĹ­rchayalah aku angkau kĹ­lak mĹ­nurot, aku kirimkan surat ini padamu, kĹ­rna aku tĹ­lah kĹ­tahuilah angkau akan bĹ­rbuat tĹ­rlebih pula deripada pĹ­rkataanku.
22Maka dalam itupun sĹ­diakanlah bagieku suatu tĹ­mpat mĹ­numpang: kĹ­rna haraplah aku dĹ­ngan bĹ­rkat doamu aku akan dikĹ­mbalikan padamu.
23Epafras kawan sĹ­panjara dĹ­ngan aku kĹ­rna Isa Almasih ampunya sĹ­lam padamu.
24Dan lagi Markus, dan Aristarkas, dan Dimas, dan Lukas, yang sama bĹ­kĹ­rja dĹ­ngan aku ampunya sĹ­lam.
25Maka adalah kiranya anugrah Tuhan kami Isa Almasih bĹ­sĹ­rta dĹ­ngan Rohmu. Amin.
¶ Tŭrmaktob surat ini dinŭgri Rom, dan dikirimkan kapada Philemon, ulih Onesimus sa’orang hamba.

Terpilih Sekarang Ini:

Philemon 1: KEAS

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk