Ayub 4

4
Percakapan Ayub dengan sahabat-sahabatnya
Elifas menegur Ayub
1Maka Elifas, orang Teman, menjawab,
2“Jika orang cuba bercakap kepadamu, adakah engkau kesal?
Tetapi siapakah yang dapat menahan diri daripada berkata-kata?
3Sesungguhnya, engkau telah mengajar ramai orang,
dan engkau telah menguatkan tangan yang lemah.
4Kata-katamu telah menegakkan orang yang jatuh,
dan engkau telah meneguhkan lutut yang longlai.
5Tetapi sekarang engkau yang ditimpa geruh dan engkau kesal,
dirimu yang terkena dan engkau terkejut.
6Bukankah ketakwaanmu menjadi harapan kekuatanmu,
dan ketulusan hidupmu menjadi pengharapanmu?
7Fikirkanlah, siapa binasa jika tidak bersalah?
Mana ada orang benar yang dilenyapkan?
8Menurut pengamatanku, orang yang membajak kejahatan
dan yang menabur kezaliman, hal-hal itu jua yang bakal dituainya.
9Oleh nafas Allah mereka binasa,
oleh hembusan hidung-Nya mereka dihapuskan.
10Singa boleh mengaum, singa boleh bersuara,
tetapi gigi-gigi singa muda dipatahkan.
11Singa jantan binasa kerana kekurangan mangsa,
dan anak-anak singa betina tercerai-berai.
12Suatu hal disampaikan kepadaku secara diam-diam,
telingaku menangkap bisikannya.
13 # Ayb 33:15. Dalam kegelisahan kerana penglihatan pada malam hari,
ketika tidur yang lelap melanda manusia,
14ketakutan dan kegentaran menimpaku,
sehingga semua tulangku menjadi gementar.
15Suatu roh melintas di depanku,
meremanglah bulu romaku.
16Ia berhenti, tetapi tidak dapat kukenali rupanya.
Ada susuk yang hadir di hadapan mataku,
hening, lalu kudengar suara,
17‘Mungkinkah manusia lebih benar daripada Allah?
Mungkinkah manusia lebih suci daripada Allah?’
18Kalau hamba-hamba-Nya tidak dipercayai-Nya,
dan para malaikat-Nya didakwa-Nya bersalah,
19apatah lagi mereka yang mendiami rumah tanah liat,
yang asasnya berada di dalam debu, dan yang hancur seperti gegat.
20Di antara pagi dengan petang mereka diremukkan,
mereka binasa untuk selama-lamanya tanpa dihiraukan.
21Bukankah tali khemah mereka dicabut?
Mereka mati tanpa sebarang hikmah.

Terpilih Sekarang Ini:

Ayub 4: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk