Ayub 3

3
Keluh-kesah Ayub
1 # Yer 20:14-18. Setelah itu, Ayub membuka mulutnya dan mengutuk hari kelahirannya. 2#Sir 23:14.Kata Ayub,
3“Biarlah binasa hari ketika aku dilahirkan
dan malam ketika orang mengatakan, ‘Seorang anak sedang dikandungkan!’
4Biarlah hari itu menjadi kegelapan.
Semoga Allah jangan mengendahkannya dari atas,
janganlah cahaya menyinarinya.
5Biarlah kegelapan dan bayang-bayang maut menuntutnya,
biarlah awan menyelaputinya,
biarlah apa yang menggelapkan siang mengejutkannya.
6Malam itu — biarlah kekelaman merenggutnya.
Janganlah malam itu bersuka ria bersama dengan hari-hari dalam setahun,
janganlah malam itu termasuk dalam bulan-bulan.
7Ya, biarlah malam itu menjadi mandul,
janganlah terdengar sorak-sorai di dalamnya.
8Biarlah kalangan pengutuk hari mengutuknya,
kalangan yang sedia membangkitkan amarah Sang Lewiatan.
9Biarlah bintang-bintang senjanya menjadi gelap.
Biarlah bintang-bintang mengharapkan cahaya tetapi tidak mendapatkannya,
dan janganlah bintang melihat merekahnya fajar,
10kerana malam itu pintu-pintu kandungan ibuku tidak ditutup
dan kesukaran tidak disembunyikan daripada mataku.
11Mengapa aku tidak mati sejak dalam rahim,
atau putus nyawa ketika aku keluar daripada kandungan?
12Mengapa pangkuan menyambut aku?
Mengapa ada susu ibu sehingga aku dapat menyusu?
13Kalau tidak, sekarang aku sudah berbaring dengan sentosa,
aku sudah tidur dan berehat
14dengan para raja dan para penasihat bumi
yang membina reruntuhan bagi diri mereka,
15atau dengan para pembesar pemilik emas,
yang memenuhi rumah mereka dengan perak.
16Atau, mengapa aku tidak seperti anak gugur yang disembunyikan,
seperti bayi yang tidak pernah melihat cahaya?
17Di sanalah orang fasiq berhenti meresahkan,
di sanalah orang yang kehabisan tenaga berehat.
18Para tahanan pun berasa tenang bersama-sama,
mereka tidak lagi mendengar suara si tukang kerah.
19Orang kecil dan orang besar ada di sana,
dan si hamba dibebaskan daripada tuannya.
20Mengapa cahaya diberikan kepada orang yang dalam kesukaran,
dan hidup kepada orang yang ada kepahitan jiwa?
21 # Why 9:6. Mereka merindukan maut, tetapi maut tidak datang;
mereka mencarinya lebih daripada harta karun;
22mereka teramat gembira
dan girang ketika menemukan kubur.
23Mengapa cahaya diberikan kepada lelaki yang jalannya tersembunyi,
yang dipagari Allah?
24Keluh-kesahku datang sebagai ganti makananku
dan raunganku tercurah seperti air.
25Hal yang kutakuti telah mendatangiku,
dan hal yang kugentari telah menimpaku.
26Aku tidak tenang, aku tidak sentosa,
aku tidak dapat berehat;
sebaliknya, keresahanlah yang datang.”

Terpilih Sekarang Ini:

Ayub 3: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk