Ibrani 1

1
Allah berfirman melalui Anak-Nya
1Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. 2#Keb 7:22.Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta. 3#Keb 7:25,26; 8:1.Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga.
4Diri-Nya jauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melalui warisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlang daripada mereka.
5 # Mzm 2:7. 2Sam 7:14; 1Taw 17:13. Kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman:
“Engkau Anak-Ku,
pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu”?
Dan juga:
“Aku akan menjadi Bapa-Nya,
dan Dia akan menjadi Anak-Ku”?
6 # Ul 32:43. Selanjutnya, apabila Allah menghantar Anak sulung-Nya ke dalam dunia maka firman-Nya:
“Hendaklah semua malaikat Allah menyembah-Nya.”
7 # Mzm 104:4. Dan tentang para malaikat, Dia berfirman:
“Dia menjadikan para malaikat-Nya angin,
dan para pelayan-Nya nyala api.”
8 # Mzm 45:6,7. Tetapi tentang Anak itu Dia berfirman:
“Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya;
Tongkat kebenaran ialah tongkat kerajaan-Mu.
9Engkau telah mencintai apa yang benar dan membenci apa yang jahat;
Oleh itu Allah, Allah-Mu, telah mengurapi-Mu
dengan minyak kebahagiaan lebih daripada teman-teman-Mu.”
10 # Mzm 102:25-27. Dan:
“Pada mulanya, Engkau, ya Tuhan, yang meletakkan asas bumi,
dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu;
11Bumi dan langit akan binasa tetapi Engkau kekal;
dan segalanya akan menjadi usang seperti pakaian;
12Seperti jubah, Engkau akan menggulungnya;
seperti baju yang ditukar,
semuanya akan diubah.
Tetapi Engkau tetap sama,
dan zaman-Mu tidak berkesudahan.”
13 # Mzm 110:1. Tetapi kepada malaikat manakah Allah pernah berfirman:
“Duduklah di sebelah kanan-Ku,
sehingga Aku menjadikan musuh-Mu alas kaki-Mu”?
14 # Tob 12:14,15. Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?

Terpilih Sekarang Ini:

Ibrani 1: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk