1
Ibrani 1:3
Alkitab Versi Borneo
Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga.
Bandingkan
Selidiki Ibrani 1:3
2
Ibrani 1:1-2
Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.
Selidiki Ibrani 1:1-2
3
Ibrani 1:14
Bukankah semua malaikat itu roh-roh pelayan yang dihantar untuk melayani manusia yang akan mewarisi penyelamatan?
Selidiki Ibrani 1:14
4
Ibrani 1:10-11
Dan: “Pada mulanya, Engkau, ya Tuhan, yang meletakkan asas bumi, dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu; Bumi dan langit akan binasa tetapi Engkau kekal; dan segalanya akan menjadi usang seperti pakaian
Selidiki Ibrani 1:10-11
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video