YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 136

136
1 # 1Taw 16:34; 2Taw 5:13; 7:3; Ezr 3:11; Mzm 100:5; 106:1; 107:1; 118:1; Yer 33:11. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,
kasih-Nya kekal selama-lamanya.
2Bersyukurlah kepada Allah segala allah,
kasih-Nya kekal selama-lamanya.
3Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
4kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
5 # Kej 1:1. kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
6 # Kej 1:2. kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
7 # Kej 1:16. kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
8matahari untuk memerintah sewaktu siang,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
9bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
10 # Kel 12:29. kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
11 # Kel 12:51. dan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
12dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur;
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
13 # Kel 14:21-29. kepada Dia yang membelah Laut Merah,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
14dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
15tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
16kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
17kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
18dan membunuh raja-raja yang masyhur,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
19 # Bil 21:21-30. Sihon raja orang Amori,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
20 # Bil 21:31-35. dan Og raja Basan,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
21dan memberikan tanah mereka sebagai warisan,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
22warisan kepada hamba-Nya Israel,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
23kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
24dan menyelamatkan kita daripada musuh kita,
kasih-Nya kekal selama-lamanya;
25Dia memberikan makanan kepada semua makhluk,
kasih-Nya kekal selama-lamanya.
26Bersyukurlah kepada Allah di syurga,
kasih-Nya kekal selama-lamanya.

Currently Selected:

Mazmur 136: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in