YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 137

137
1Di tebing sungai-sungai Babel, di sanalah kami duduk dan menangis
ketika mengenang Sion.
2Dalam demikian kami gantungkan kecapi
di pokok gandarusa,
3kerana di sana mereka yang membawa kami sebagai orang tawanan meminta kami menyanyi,
dan mereka yang telah merampas milik kami meminta hiburan;
dengan berkata, “Nyanyikanlah untuk kami salah satu lagu Sion!”
4Betapa mungkin kami nyanyikan lagu TUHAN
di tanah asing?
5Jika aku melupakan engkau, wahai Yerusalem,
biarlah tangan kananku melupakan kemahirannya.
6Jika aku tidak ingat kepadamu,
biarlah lidahku melekat ke langit-langitku,
jika aku tidak meninggikan Yerusalem di atas kebahagiaanku yang utama.
7Ingatlah, ya TUHAN, betapa anak-anak Edom
pada hari Yerusalem berkata, “Runtuhkan, runtuhkan sampai ke asas-asasnya!”
8 # Why 18:6. Hai anak perempuan Babel, yang akan dimusnahkan,
berbahagialah orang yang membalas perbuatanmu kerana apa yang telah kaulakukan kepada kami —
9berbahagialah orang yang meragut dan
menghempaskan anak-anak kecilmu ke batu pejal.

Currently Selected:

Mazmur 137: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in