YouVersion Logo
Search Icon

Mazmur 135

135
1Pujilah TUHAN!
Pujilah nama TUHAN;
pujilah Dia, hai kamu hamba-hamba TUHAN,
2kamu yang berdiri di Rumah TUHAN,
di balai-balai Rumah Allah kita.
3Pujilah TUHAN, kerana kebaikan-Nya;
nyanyikan pujian untuk nama-Nya, kerana sungguh menyenangkan.
4Kerana TUHAN telah memilih Yakub untuk diri-Nya,
Israel untuk kesayangan-Nya yang istimewa.
5Kerana aku tahu bahawa TUHAN Maha Besar,
dan Tuhan kita di atas semua tuhan.
6Apa sahaja yang TUHAN berkenan,
dilakukan-Nya, di syurga dan di bumi, di lautan dan di semua tempat yang dalam.
7Dia membuat wap naik dari semua pelosok bumi;
Dia menghantar kilat bersama hujan; Dia mengeluarkan angin daripada perbendaharaan-Nya.
8Dia memusnahkan anak sulung Mesir,
baik manusia mahupun binatang.
9Dia menghantar tanda dan keajaiban ke kalanganmu, hai Mesir,
kepada Firaun dan semua hambanya.
10Dia mengalahkan banyak bangsa
dan membunuh raja-raja perkasa —
11Sihon raja bangsa Amori,
Og raja Basan dan semua kerajaan di Kanaan —
12lalu memberikan tanah mereka sebagai warisan pusaka,
warisan pusaka kepada umat-Nya Israel.
13Nama-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya,
kemasyhuran-Mu, ya TUHAN, turun-temurun zaman-berzaman.
14Kerana TUHAN akan menghakimi umat-Nya
dan Dia akan berbelas kasih ke atas hamba-hamba-Nya.
15 # Mzm 115:4-8; Why 9:20. Berhala bangsa-bangsa diperbuat daripada perak dan emas,
hasil pertukangan tangan manusia.
16Ia ada mulut, tetapi tidak berkata-kata,
ada mata tetapi tidak melihat;
17ia ada telinga, tetapi tidak mendengar,
dan tiada nafas di mulutnya.
18Orang yang membuatnya serupalah dengannya,
demikian juga setiap orang yang menyandarkan kepercayaan kepadanya.
19Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Israel;
pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Harun;
20Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Lewi;
kamu yang takut akan TUHAN, pujilah TUHAN.
21Pujilah TUHAN dari Sion,
yang tinggal di Yerusalem.
Pujilah TUHAN!

Currently Selected:

Mazmur 135: AVB

Highlight

Share

Copy

None

Want to have your highlights saved across all your devices? Sign up or sign in