AMSAL 21

21
1TUHAN menguasai fikiran raja seperti Dia menentukan aliran sungai.
2Orang menyangka segala perbuatan mereka baik; tetapi ingatlah, TUHAN mengetahui maksud hati manusia.
3Perbuatan yang baik dan adil lebih menyenangkan hati TUHAN daripada korban yang dipersembahkan.
4Orang jahat berdosa kerana dikuasai oleh kesombongan dan keangkuhan.
5Rancangan yang dibuat oleh orang rajin membawa hasil yang berlimpah tetapi tindakan tergesa-gesa mengakibatkan orang kekurangan.
6Kekayaan yang diperoleh secara tidak jujur, bukan sahaja tidak kekal tetapi pasti akan membawa maut.
7Orang jahat tidak mahu melakukan perbuatan adil; keganasan mereka akan memusnahkan mereka.
8Orang yang bersalah menempuh jalan yang berliku-liku; orang yang baik mengikut jalan yang lurus.
9Tinggal di bumbung rumah lebih baik daripada tinggal di dalam rumah bersama-sama isteri yang suka bertengkar.
10Orang jahat sentiasa ingin melakukan kejahatan; mereka tidak berbelas kasihan terhadap sesiapa pun.
11Hukuman bagi orang yang suka mencemuh menjadi pelajaran kepada orang yang bodoh. Orang bijak mendapat pengetahuan apabila diajar.
12Allah Yang Maha Adil tahu apa yang berlaku di rumah orang jahat dan Dia akan menghukum mereka sehingga binasa.
13Orang yang tidak mahu mendengarkan keluhan orang miskin, tidak akan diperhatikan apabila dia sendiri minta pertolongan.
14Pemberian yang diberikan secara diam-diam kepada orang yang marah, akan meredakan kemarahannya.
15Apabila keadilan dilaksanakan, orang baik bersukacita, tetapi orang jahat ketakutan.
16Orang yang menyimpang daripada cara hidup yang berbudi akan menemui ajalnya.
17Orang yang suka berfoya-foya dan menggemari wain serta makanan lazat tidak akan menjadi kaya.
18Orang jahat akan merasakan penderitaan yang ditimpakan mereka kepada orang baik.
19Lebih baik tinggal di padang gurun daripada tinggal bersama-sama isteri yang suka bertengkar dan pemarah.
20Orang bijak tetap kaya dan makmur, tetapi orang bodoh membazirkan harta mereka.
21Orang yang jujur dan baik hati berusia panjang. Dia akan dihormati dan diperlakukan dengan adil.
22Seorang bijak dapat merebut kota yang dipertahankan oleh askar-askar perkasa, dan merobohkan tembok kota yang menjadi harapan mereka.
23Berhati-hatilah ketika bertutur supaya tidak ditimpa kesukaran.
24Orang yang sombong dan tinggi hati, suka mencela dan kurang ajar.
25Orang malas tidak mahu bekerja; dia dibunuh oleh keinginannya. 26Dia hanya memikirkan keinginannya. Sebaliknya, orang yang taat kepada Allah dapat memberi dengan berlimpah-limpah.
27TUHAN membenci korban yang dipersembahkan orang jahat, lebih-lebih lagi jika korban itu diberikan dengan maksud jahat.
28Kesaksian pembohong tidak dapat dipercayai, tetapi kesaksian orang yang dapat dipercayai akan diterima.
29Orang jujur yakin akan diri mereka sendiri, tetapi orang jahat terpaksa berpura-pura.
30Kepintaran, kecerdasan, dan kebijaksanaan manusia tidak berguna jika TUHAN menentang kita.
31Orang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi TUHAN yang memberikan kemenangan.

目前选定:

AMSAL 21: BM

高亮显示

分享

复制

None

想要在所有设备上保存你的高亮显示吗? 注册或登录