YOHANES 1

1
Firman yang Memberikan Hidup
1Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. 2Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah. 3Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia. 4Firman itu sumber hidup,#Firman itu sumber hidup; atau Segala sesuatu yang diciptakan mempunyai hidup kerana bersatu dengan Firman. dan hidup itu memberikan cahaya kepada manusia. 5Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya.
6 # Mat 3.1; Mrk 1.4; Luk 3.1-2 Seorang bernama Yohanes diutus oleh Allah. 7Yohanes datang untuk memberitahu orang tentang cahaya itu, supaya semua orang mendengar dan percaya kepada perkhabarannya. 8Dia sendiri bukan cahaya itu; dia datang untuk mengkhabarkan cahaya itu. 9Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia.
10Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia. 11Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia. 12Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. 13Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.
14Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.#kasih Allah dan Allah sendiri…; Harfiah: kasih karunia dan kebenaran.
15Yohanes memberikan kesaksian tentang Dia. Yohanes berseru, “Inilah Dia yang aku katakan akan datang kemudian daripadaku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku dilahirkan.”
16Dia penuh kasih; Dia terus-menerus memberkati kita semua. 17Allah memberikan Taurat melalui Musa, tetapi melalui Yesus Kristus, Allah menyatakan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada kita. 18Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.
Kesaksian Yohanes Pembaptis
(Mat 3.1-12; Mrk 1.1-8; Luk 3.1-18)
19Para penguasa orang Yahudi di Yerusalem mengutus imam-imam dan beberapa orang Lewi kepada Yohanes untuk bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?”
20Yohanes mengaku dengan terus terang, “Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah.”#Penyelamat yang diutus oleh Allah; Harfiah: Mesias.
21 # Ul 18.15, 18; Mal 4.5 “Jika demikian, siapakah kamu?” tanya mereka. “Adakah kamu Elia?”
“Bukan,” jawab Yohanes.
“Adakah kamu Nabi itu?”#Nabi itu: Dia yang diharapkan akan muncul dan mengisytiharkan kedatangan Penyelamat. tanya mereka lagi.
“Bukan,” jawabnya.
22“Katakanlah siapa kamu ini,” kata mereka, “kerana kami mesti memberikan jawapan kepada mereka yang mengutus kami. Apa katamu tentang dirimu sendiri?”
23 # Yes 40.3 Yohanes menjawab dengan memetik ayat daripada Kitab Nabi Yesaya, “Aku ini:
‘Seorang yang berseru di padang gurun:
Luruskanlah jalan bagi Tuhan!’ ”
24Mereka yang diutus oleh orang Farisi, 25kemudian#Mereka yang diutus oleh orang Farisi, kemudian; atau Mereka yang diutus itu orang Farisi, mereka. bertanya kepada Yohanes, “Jika kamu bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, atau Elia, atau Nabi itu, mengapa kamu membaptis orang?”
26Yohanes menjawab, “Aku membaptis dengan air. Tetapi Dia yang tidak kamu kenal ada di kalangan kamu. 27Dia datang kemudian daripadaku, tetapi aku tidak layak mengurai tali kasut-Nya pun.”
28Semua ini berlaku di Betania, di sebelah timur Sungai Yordan tempat Yohanes membaptis orang.
Anak Domba Allah
29Keesokan harinya Yohanes nampak Yesus datang kepadanya. Lalu Yohanes berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia! 30Dialah yang aku katakan akan datang kemudian daripada aku, tetapi yang lebih besar daripadaku kerana Dia sudah ada sebelum aku dilahirkan. 31Dahulu aku tidak tahu siapa Dia itu. Tetapi aku datang membaptis orang dengan air supaya bangsa Israel mengenal Dia.”
32-33Yohanes memberikan kesaksian ini, “Dahulu aku belum mengetahui siapa Dia itu. Tetapi Allah yang menyuruh aku membaptis orang dengan air berfirman kepadaku, ‘Engkau akan nampak Roh Allah turun lalu tinggal di atas seseorang. Dialah yang akan membaptis orang dengan Roh Allah.’#Roh Allah; Harfiah: Roh Kudus. Aku nampak Roh Allah turun seperti burung merpati dari langit lalu tinggal di atas-Nya. 34Aku sudah nampak kejadian ini,” kata Yohanes, “dan aku memberitahu kamu bahawa Dialah Anak Allah.”
Pengikut-Pengikut Yesus yang Mula-Mula
35Keesokan harinya Yohanes di tempat itu lagi dengan dua orang pengikutnya. 36Ketika dia nampak Yesus lalu di situ, dia berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah!”
37Kedua-dua orang pengikut itu mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikuti Yesus. 38Yesus berpaling dan nampak mereka sedang mengikuti Dia. Lalu Yesus bertanya, “Apa yang kamu cari?”
Mereka menjawab, “Rabbi, di manakah rabbi tinggal?” (Dalam bahasa Ibrani ‘rabbi’ bermakna ‘guru.’)
39“Marilah lihat,” kata Yesus. (Masa itu kira-kira pukul empat petang.) Mereka pun mengikut Dia dan melihat tempat Yesus tinggal. Lalu mereka tinggal bersama-sama Dia pada hari itu.
40Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu pergi mengikut Yesus, ialah Andreas saudara Simon Petrus. 41Dengan segera Andreas mencari Simon, saudaranya dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan Mesias!” (‘Mesias’ sama dengan ‘Kristus’).#Kristus: Sila rujuk Kamus. 42Kemudian Andreas membawa Simon kepada Yesus.
Yesus memandang dia lalu berkata, “Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan disebut Kefas.” (Kefas sama dengan Petrus dan bermakna: bukit batu.)
Yesus Memanggil Filipus dan Natanael
43Keesokan harinya Yesus mengambil keputusan untuk pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus, lalu berkata kepadanya, “Ikutlah Aku!” ( 44Filipus berasal dari Betsaida, kota tempat Andreas dan Petrus tinggal.) 45Kemudian Filipus mencari Natanael dan berkata kepadanya, “Kami sudah berjumpa dengan orang yang disebut oleh Musa di dalam Taurat, dan yang dituliskan oleh nabi-nabi. Dia Yesus anak Yusuf dari Nasaret.”
46Tetapi Natanael berkata, “Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?”
“Marilah lihat,” jawab Filipus.
47Apabila Yesus nampak Natanael datang kepada-Nya, Dia berkata tentang Natanael, “Inilah orang Israel sejati; tiada kepalsuan padanya!”
48Natanael bertanya kepada Yesus, “Bagaimana tuan mengenal saya?”
Yesus menjawab, “Sebelum Filipus memanggil kamu, Aku telah nampak kamu di bawah pokok ara itu.”
49Natanael berkata, “Guru, Guru Anak Allah! Guru Raja bangsa Israel!”
50Yesus berkata pula, “Adakah kamu percaya kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada hal ini!” 51#Kej 28.12 Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Percayalah, kamu akan melihat langit terbuka, dan malaikat-malaikat Allah naik turun pada Anak Manusia.”

Seçili Olanlar:

YOHANES 1: BM

Vurgu

Paylaş

Kopyala

None

Önemli anlarınızın tüm cihazlarınıza kaydedilmesini mi istiyorsunuz? Kayıt olun ya da giriş yapın