Pemujaan AdvenSampel

Advent Adoration by Vertical Worship

HARI 2 DARIPADA 4

Kasih. 

Lukas 1:26-28

Setelah Elisabet mengandung enam bulan, Allah mengutus malaikat Gabriel ke Nasaret, sebuah kota di negeri Galilea. Gabriel membawa berita untuk seorang gadis bernama Maria. Dia telah bertunang dengan seorang lelaki bernama Yusuf, keturunan Raja Daud. Malaikat itu datang kepada Maria dan berkata, “Salam sejahtera, hai engkau yang sangat diberkati oleh Tuhan! Tuhan menyertai engkau!” 

Kita pernah menerima hadiah yang buruk. Saya tidak memaksudkan hadiah buruk seperti "kamu memberi saya sweater yang hodoh ini?" Saya memaksudkan jenis hadiah yang rasa seperti jangkaan dalam kertas pembungkus perayaan. Sebenarnya, jenis hadiah ini bukanlah hadiah. Ini merupakan urus niaga, dan sering kali, bersifat manipulatif. 

Maria jelasnya pernah menerima hadiah yang buruk sebelum ini. Responsnya penuh bermakna. 

Lukas 1:29

"Maria gelisah mendengar kata-kata malaikat itu dan dia tertanya-tanya tentang makna salam itu."

Maria seolah-olahnya tertanya-tanya kepada dirinya "Apakah hadiah ini? Apa yang kamu mahu daripada saya? Apa yang saya tidak sedar akan senario yang terlalu sempurna ini?" 

Kehidupan mengajar kita untuk menjangkakan syarat. Kita menunggu sehingga kita "kehabisan nasib baik." Kita fikir bahawa pada suatu masa kelak bil akan diterima, dan kita tidak dapat membayarnya. Kita merasakan jangkaan kehidupan yang membebankan, dan, kebanyakan masanya, kita rasa seolah-olah kita hampir tidak dapat mengikuti apa yang sedang berlaku. Kita meletakkan jangkaan pada orang lain dan dikecewakan apabila mereka tidak sebaik seperti yang kita harapkan. 

Inilah kehidupan dalam urus niaga tersebut. 

Namun, kasih Tuhan adalah berbeza. Dia mengingatkan kita, bersama Maria, "tiada syarat." 

Lukas 1:30

Malaikat itu berkata kepadanya, “Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau.

Ia yang "sangat diberkati oleh Tuhan" memerlukan peringatan bahawa "Allah berkenan kepadanya." Kita memerlukan peringatan.

C.S. Lewis dalam bukunya "The Four Loves" menggambarkan sesuatu yang dipanggil kasih-hadiah. 

Kasih-hadiah bertentangan dengan urus niaga. Kasih-hadiah adalah jenis kasih yang tidak menjangkakan apa-apa ataupun menghendaki pembalasan. Ini bergantung sepenuhnya pada pemberinya. Dengan jenis kasih ini, penerimanya hanya perlu menerima

Ini adalah jenis kasih yang disediakan oleh Tuhan untuk kita. Satu-satunya respons yang sewajarnya terhadap jenis kasih ini adalah respons yang pasif-secara aktif. Ini adalah postur hati yang menghala ke arah penerimaan. Ini tidak berkata "Saya akan menjayakan ini," tetapi cuma, "biarlah berlaku".

Lukas 1:38a

"Maria berkata, 'Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan.'” 

Maria menyerahkan diri kepada Tuhan, bukan kerana terpaksa, kewajipan atau tekanan — tetapi kerana kasih. Kasih-hadiah Tuhan membangkitkan kasih dalam Maria. 

Ini adalah hujah yang paling banyak dipertikaikan bagi semua orang yang menyukai urus niaga (dibaca sebagai: semua orang). 

Kasih-hadiah bersifat generatif! Kasih-hadiah terhasil secara spontan dan daripada hati yang mana hanya dapat dibuat-buat sahaja oleh kasih-urus niaga, yang terlalu memikirkan balas balik. 

Jika anda tidak mempercayai saya, berikut adalah respons Maria terhadap kasih-hadiah Tuhan: 

Lukas 1:46-55

 Maria berkata,

"Hatiku menyanjung Tuhan; jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku, Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia, kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya. Dia merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan. Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong, dan mengacaukan rancangan mereka. ia menurunkan raja dari takhta lalu meninggikan orang hina. Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan. Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita; Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya. Dia tidak lupa merahmati Abraham dan keturunannya selama-lamanya!”

Maria menggunakan suatu bentuk "Dia telah melakukan ini!" sembilan kali yang berbeza dalam puisi pendek yang tertumpu pada Tuhan ini. Ini adalah mengenai Dia dan apa yang telah dilakukan-Nya! Apabila anda berhadapan dengan Tuhan kasih-hadiah, anda pasti akan memerhatikan cara Dia mengasihi. Anda pasti akan memuji. Anda pasti akan mengasihi Dia. 

Pada hari Krismas ini, ingatlah bahawa kasih Tuhan adalah kasih-hadiah. Satu-satunya kasih-hadiah. 

Biarlah berlaku. 

Doa:

Tuhan, ingatkan saya tentang kurnia kasih-Mu. Tolonglah saya untuk menerimanya. Biarlah berlaku! 

Latihan:

Senaraikan cara anda rasa hubungan anda dengan Tuhan bersifat urus niaga. Apakah tabiat atau cara pemikiran "jadi-ini-kalau-tidak" atau "lakukan-ini-kalau-tidak" yang boleh anda akui dan bertaubat akan? 

Sesudah anda mengakui kecenderungan kasih-urus niaga anda, bersyukurlah kepada Tuhan bahawa kasih-Nya tidak seperti kasih anda. 

Tuliskan satu doa pujian, doa yang tertumpu pada Tuhan, bersyukur kepada-Nya atas kasih-hadiah-Nya. 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Advent Adoration by Vertical Worship

Harapan, kasih, kedamaian, sukacita. Perkataan ini sering digunakan semasa musim cuti, tetapi adakah kita ingat sebabnya? Cerita Krismas adalah cerita tentang cara Tuhan telah campur tangan dalam sejarah melalui kelahiran Yesus. Kehidupan Maria, Yusuf, dan para gembala betul-betul berubah kerana peristiwa ini. Mereka menemukan harapan, kasih, kedamaian, dan sukacita; bersama-masa, marilah mengingati bagaimana, melalui Yesus, kita juga boleh menemukan semua ini. 

More

Kami berterima kasih kepada Jon Guerra daripada Vertical Worship dan Essential Worship kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.verticalofficial.com/